Mengapa dia yang hadir dalam mimpi itu? Apakah maknanya

Assalamualaikum w.b.t..
Aku mulakan dengan salam pembuka bicara...
kupasan yang aku laksanakan kali ini, mengenai diri aku sendiri. Aku tersentap saat ku jaga dari lenaku yang tenang. Jaga ku bukan kerana mimpi ngeri, namun satu mimpi yang membuat diri & hati ini tidak berhenti tertanya. Apakah makna dan maksud yang cuba disampaikan dalam mimpi ini.

aku mimpikan seseorang yang aku kenal & dia sememangnya terkenal mungkin, dalam dunia realiti ini. namun dia semestinya langsung tidak kenal akan aku. entah mengapa aku mimpi akan dia, yang sudah lama tidak terlintas dibenap akal fikiran ini. Aku hanya kenalinya dengan rupa tidak pada nama.dalam mimpi itu, dia bagai mengejar aku. Lagaknya malu, sopan & sangat memikat hati sebagai seorang pemuda islam yang sudah tentu menjadi idaman setiap gadis tertunggu.

aku tahu namanya dalam mimpi itu, sama seperti dunia realiti selepas aku mengkaji, ADI.. Nama yang terpancul dari mulut aku saat aku sedar dari mimpi itu.

Nama itu yang dapat aku tangkap. Dalam mimpi itu, dia datang kepada aku, dalam mimpi itu, dia mahu menikahi aku. Tiada sebarang halangan yang berlaku. dalam mimpi itu, dia datang dengan senyuman yang sangat menawan dan bersih wajahnya, lalu berkata " saya boleh buat " dengan nada gembira dan tersenyum jelas tergambar kebahagiaan. Entah apa yang dia boleh buat aku sendiri tidak pasti, namun aku hanya membalas dengan senyuman yang pasti.

Dalam mimpi yang serupa, namun pakaiannya yang berbeza, aku pergi untuk mendapatkannya, Namun dalam keadaan dan masa yang sama diia sedang solat dengan berpakaian jubah serta serban yang serba putih bersih. bersama dengannya ku lihat 2 lagi lelaki yang berpakaina seperti dirinya. Serba putih dan bersih. Selesai sudah semuanya Dia bangun, lalu menuju kepada aku dengan senyuman yang sangat manis dan aku nampak aku lihat kebahagiaan di wajahnya yang benar-benar berseri.

Dia datang bersama dua lagi lelaki yang tidak aku kenal wajahnya yang sememangnya aku tidak pasti kerana wajah mereka berdua tidak dapat aku lihat walaupun kami semua bertentangan. Namun, pakaian mereka serba putih bersih. Sangat bersih dalam keadaan yang datangnya dengan senyuman manis.


Saat aku berdiri di hadapannya, dia berbicara kepada aku, namun aku tidak ingat akan apa bicaranya. Lalu, dia membaca Al-Fatihah, dan serta merta di sekeliling ku menjadi sangat bercahaya..Sangat bercahaya... dalam keadaan kami semua yang tersenyum & aku rasakan saat itu sangat bahagia dan terlalu bahagia. MasyaAllah..hanya Engkau yang mengetahui apa ku rasa dalam mimpi itu.

Lantas dalam cahaya yang terang benderang, diri ku berkata, aku tidak akan tinggalkan solat, lalu satu cahaya yang berbentuk hati, sangat berkilau menarik aku dan dia, menjadikan kami bersatu (menjadika keadaan aku dan dia bertemu dan aku benar-benar berada di sampingnya).... bagaikan halal buat kami berdua yang sebelumnya dia langsung tidak menyentuh diri aku dan bicara kami hanya dipisahkan jarak tanpa sedikitpun dia berada disampingku.

Aku terus tersedar selepas itu, dengan jagaku terus terpancul nama "ADI'. Ya.. adi. hanya nama itu yang terkeluar dari mulutku dalam keadaan jagaku yang benar-benar aku rasa terkejut. Hanya namanya, aku ingat setiap tingkat laku dalam mimpi itu Lalu aku melihat jam telefon bimbit yang berada di birai katil ku, hampir subuh saat itu...

sungguh jaga ku aku rasa benar-benar dalam keadaan tertanya-tanya kerana nama itu yang terkeluar saat aku terjaga. Aku tidak mengenalinya. namun nama itu yang bermain di jiwa sepanjang hari bermula selepas mimpi itu.

Pagi itu aku seperti biasa, tapi hanya duduk seorang diri dalam kamar bahagiaku dalam keadaan hati tertanya-tanya dan perasaan takut yang ada juga menguasai jiwa. namun di benap hati aku, aku tertanya. Siapa dia dan kenapa adi. Saat ini aku akui tiada insan yang aku kenal itu wujud dalam fikiranku kerana dia sudah terlalu lama berlalu dalam kamus hidup aku. Dulu aku pernah melihatnya mungkin kerana dia insan yang terkenal. Namun tiada aku harapkan apa-apa, cuma melihat sahaja. kerna itu aku lupa benar pada dia.

Akal aku terus memburu siapa dia dan kenapa adi yang membuatkan jagaku menjerit dengan nama itu. Fikiran aku terus memburu lama kelamaan aku ingat siapa insan itu, namun namanya masih tidak aku pastikan lagi. Aku terus mencari dalam laman maya, siapa dia. Apa yang memberi kejutan pada aku, adalah namanya !
ADI !

Benar namanya adi ! dalam dunia realiti. Namanya Adi !!

MImpi yang membuat aku tertanya sehingga kini. Apakah maksudnya. Mengapa dia yang aku mimpikan sedangkan tidak terlintas langsung dia dalam akal & hati aku apabila sudah bertahun-tahun lamanya.


Al-Fatihah.... apakah maknanya.... menjadi tanda tanya buat aku sehingga kini.

2 comments:

SyuHaDa ◕‿◕ said...

macam best ja kalau dapat mimpi macam tu....nanak jugakk....syuhada keja mimpi bukan2 ja...

si_mone said...

best...:)
tapi penuh dengan tanda tanya dan persoalan sayang....

entah apa yang hendak disampaikan...