
Aku merentasi liku-liku takdir ini
ku lihat kiri dan kanan
penuh dengan cubaan
yang dari pelbagai datangnya
Aku meneruskan perjalanan
walaupun kadang kala muka tu tertadah pada tanah
aku masih bangun dan terus berjalan
walaupun menangis dalam sendu yang melawan sepi

sampai seketika
aku temui gunung dan lautan
aku masih terus menyusurinya
tanpa aku berhenti
walaupun rasanya ia mulai payah dan perik
aku masih berusaha walaupun dalam hati
tercipta berjuta doa,harapan dan keraguan
Walau dalam seribu perasaan
aku masih meneruskannya
dan akhirnya aku sampai ke penghujungnya
aku terkesima
walaupun mulanya aku ragui keupayaan diri

hasrat mimpi yang menjadi realiti
tiada siapa yang akan mampu ketahui
jika tiada hasrat hati
yang sememangnya disusuli dengan usaha sehabis mati
Aku temui kejayaan yang bagaikan mimpi
kerana hatiku pernah terguris dan menangis
lalu aku susuli dengan usaha dan tekad yang pasti
lalu aku kecapi segala impian yang terbuku di hati.....

Dalam kehidupan ini, semuanya tiada yang mudah untuk kita miliki. Ia selalunya memerlukan pengorbanan terlebih dahulu.
Sahabat...
usah kau termakan dengan keraguan yang ada di hati mu itu, kerana ia hanya mampu menjadi penghalang pada cita-cita dan hasratmu sahaja. Bangunlah melangkah dan terus melangkah, kerana jika engkau hiraukan keraguaan itu, dirimu pasti berjaya dalam mengampai mimpi-mimpi mu....
No comments:
Post a Comment