Angan-angan, mimpi dan realiti

Terasa ingin terbang tinggi ke langit sana...

dalam terasa dingin malam
aku tertarik akan melihat seseorang
yang sentiasa menyuarakan hasrat hati
yang bagiku dianggap angan-angan 

citarasanya begitu tinggi bagiku
entah apakah di benapnya
ku sendiri tidak dapat pastikan
namun moga kelak ianya realiti

angan-angan
mampu membuat kita menangis
mampu membuat kita tersenyum
dan mampu membuat kita berasa panas 

hebatnya kuasa angan-angan ini 
yang mampu mengubah rasa di hati 
entah lama atau sebentar rasanya
aku sendiri tidak punya jawapannya
kerana aku sendiri masih tertanya-tanya
akan kehebatan kuasa angan-angan 

mimpi itu sentiasa di dalam minda,
cuma setiap dari kita berlainan cara dan masanya untuk merasai kehadirannya
begitu hebat ciptaan Yang Maha Esa
Dia memberikan kita peluang untuk merasai kenikmatan yang tiada siapa mampu berikan
bersyukurlah dan kejarlah setiap dari mimpi itu dan berusaha untuk menjadikannya realiti
dalam kehidupanmu teman.
Jangan engkau hanya menjadikan ia mimpi semata-mata dan mengharapkannya tanpa berusaha
hidup ini sebenarnya sentiasa memerlukan engkau berkorban
demi menggapai hasrat hati yang satu
jadikan ia mimpi kepada realiti...

Terus dan teruskanlah berusaha teman.....
mimpi itu mampu menjadi realitimu.

2 comments:

farazura said...

yup betul... jadikan mimpi kpd realiti... hehe

si_mone said...

hehee...yup ;)
usahakannya :)insyaAllah..pasti bahagia hidupmu....