Letih

Letih
itu yang dirasai saat ini
entah kerana apa
penat atau sedih
antara dua yang menjadi persoalannya

fikiran ini melayang
entah kemana tujuan terakhirnya
mungkin hanya kerana satu pekara
membuatkan aku bagai hilang sejuta warna citra

Dalam hidup ini sebenarnya tidak mudah
tidak mudah melontar kata
bicara kata mutiara
sebenarnya tidak mampu menangkis derita

aku pernah memberi rasa bahagia
pada golongan derita sementara
namun apabila tiba masa diriku
aku hanya mampu menangis deruan air mata

Apakah ini adil sebenarnya
bukan salahkan takdir atau manusia
namun diri sendiri yang tiada terdaya
melawan takdir yang Maha Esa
mungkin kerana itu satu ujian buat diri hamba....
Teman, hidup ini adalah pementasan...
babak lakonannya kadang-kala akan menguji kekuatan hati dan fikiranmu,
jika tibanya saat itu,
pejamkan matamu, harungilah ia

No comments: