Genap setahun sudah

tiba-tiba aku mengelamun
sedar atau tidak bayanganmu yang hadir
aku terdiam seribu bicara
fikiran masih terus ligat berputar menjangkau masa
tiba-tiba fikiran ku temui apa yang dicarinya tadi
akan sesuatu yang ku sentiasa kira
sentiasa menghitungnya...

Cepatnya masa itu berlalu
kini genap sudah ia menjangkau jauh dari kita
namun setiap bicara kata dan peristiwa masih megah di akal ini
setiap darinya tidak mampu ku lupa
bukan aku sentiasa fikirkan dan menyuburkannya
namun hakikat aku seorang hamba
tidak akan mampu aku lupa 
akan setiap pekara yang aku sayang dan ku pernah simpan 
di dalam seketul daging 
yang ku gelar hati

Aku bersyukur
kerana aku masih diberi kesempatan
kesempatan untuk melihat dirimu mengecap kebahagiaan
walaupun perbezaan antara kita kini semakin membuak
namun, 
ketahuilah aku masih memegang janji hatiku yang dulu
tidak pernah aku buang
tidak pernah aku hilangkan
aku masih tetap diriku yang dulu
hatiku masih seperti yang kau mula mengenaliku dulu
tiada yang berubah...
Kuasa Pencipta punya berjuta-juta rahsia
Dia mampu mengubah setiap apa yang terbaik buat hambanya
termasuk juga apa yang ada dalam setiap hati benih rasa manusia

kerana sesuatu aku pernah bersedih
kerana sesuatu aku pernah kecewa
kerana sesuatu aku pernah menangis
dan kerana sesuatu aku pernah alpa dan tersungkur lemah longlai

Tiada yang hadir saat kesakitan itu
hidupku bagai gelap dan hilang arah
tangisku menjadi murah di mana saja
bagaikan hilang maruah diri saat keindahan itu telah tiada
kasih yang ku pertahankan akhirnya termaktub kepastiannya
berpisahlah antara kita menjadi pengakhirannya

saat itu hidupku jatuh
hanya ada bonda yang setia di sisi
memberiku kata pengerti pacakkan kehidupan
pendorong setia bagi meneruskan kehidupan

pesannya ku pegang hingga ku kuat seperti sekarang
hatiku kini beku bagaikan ketulan batu yang utuh pacak kejadiannya
setiap yang berlaku ada hikmahnya
tidak mungkin dia adalah yang terbaik 
andai hati sentiasa terusik dengan paluan gering
yang sentiasa menjadikan sendu bisu dalam sepi
yang tiada nada serta noktah sendu berlagunya lagi
Kini akhirnya aku berdiri
sebagai seorang yang sedikit beku hatinya
walaupun mulanya perik dan susah
namun kini akhirnya aku mampu buktikan
walau tidak sehebat mana
cukuplah jikanya ia mampu mengawal hati dan emosiku 
dari terluah akan pada sesuatu yang bukan haknya

Kini berbahagialah kamu
dari kejauhan sebenarnya aku sentiasa merindu
walau tidak seperti dulu, namun kasihku tidak jauh seperti seorang perindu
perindu kekasih yang sudah ketahui akan jalan pengakhiran ceritanya
akan membawa diri dan hati pada pencipta yang hakiki dan abadi selamany

No comments: