Bukan keupayaan aku

Dingin malam ini 
bagiku terasa sepinya
entah mengapa dan kenapa
aku mencari persoalan
namun tidak kutemu jawapan baginya

hatiku mahu menangis
kali ini memberi kesan 
buat dua pandangan hidupku
entah mengapa 
aku rasa sayu yang ku rasa pernah kurasai dulu
mungkin kerana hari ini pada masa yang sama
angkanya berbeza
aku pernah jatuh terjunam jauh ke dasar hati yang rapuh
sungguh
bagaikan letih rasanya mahu membuka kelopak mata
berat rasanya
hibanya rasa
tewasnya jiwa
dalam binggung sendu sendiri
aku melayani perasaan ini buat kali ini

Apakah kesannya
aku sendiri masih mencari
mencari akan sesuatu yang jauh dariku
sesuatu yang tidak pasti

bukan aku tidak mahu menghalangnya
bukan aku mahu kenang 
akan sesuatu yang memberi kesan hitam padaku
bukan aku mahu 
membuatkan hati dan perasaan ini menangis tidak berlagu kerana hal itu
bukan...aku tidak terniat seperti itu
sungguh tidak...
aku hanya seorang insan yang lemah dan tewas dalam firasat sendu diri sendiri
aku lemah dalam mengawal rasa hati dalam benab ku sendiri
aku lemah dan aku kalah dalam mentafsir diri dan jiwaku sendiri
sungguh aku lemah dan tidak termampu.

aku pernah mahu cuba untuk bangun
aku pernah berjaya dalam tafsiran insan disekeliling aku
aku berjaya...
berjaya menipu semuanya
aku berjaya......
berjaya dalam menyiksa hati dan perasaan sendiri
membiarkannya menangis dalam tangisan yang akhirnya hilang sendu
dan lahir senyuman yang menipu

bukan keupayaanku
untuk menewaskan semua itu
kerna ia pernah menjadi sebatian dalam hidupku
maafkan aku andai aku mengecewakan dirimu
sungguh aku tidak mampu mengawal hati dan perasaanku 
sebagai seorang hawa yang serba lemah dalam soal mengawal hati dan jiwanya sendiri...

No comments: