Bantulah hamba yaAllah

yaAllah, jauhkan rasa keraguaan ini. Jika ini perubahan yang terakhir & terbaik buatku, permudahkanlah hingga ke akhirnya serta lapangkanlah dada ku dari rasa gundah gulana ini... Amin.


Sesungguhnya aku benar-benar perlukan petunjukMU yaAllah, permudahkanlah ia buatku, lapangkanlah dada ku untuk aku melaluinya.


Sungguh tiada kata-kata yang mampu aku ungkapkan untuk keluhan kali ini, rasa yang sangat mecengkam benap hati ini daripada aku rasai rasa yang sedikit tenang dan lapang... Saat ini aku tidak mampu luahkan pada sesiapa lagi, melaikan hanya padaMU.


yaAllah... sempurnakanlah ia buat ku dengan sebaik mungkin agar tiada lagi hati ini terguris lagi.


Amin...


Duniaku berbeza dari insan lain,mungkin mereka melihatku sama seperti insan lain,
namun sebenarnya tidak. hatiku penuh kesedihan, kepedihan, kesakitan & tangisan.
Namun, hanya Engkau sahaja yang tahu. Terima Kasih kerana engkau memberikan aku seorang
kakak yang sangat memahami, ibu bapa yang mengasihi dan sahabat yang sentiasa menanti.
Aku mampu memberi kekuatan dan semangat yang tidak sehebat mana pada insan di sekeliling,
namun kekuatan untuk diriku sendiri, hanya aku temui apabila sudujku padaMu...

No comments: