Tanpa sedar kita sentiasa diperhatikan insan lain

Dalam menghadapi putaran kehidupan yang sentiasa turun naik ligatnya, kadang-kala kita terlupa bahawa setiap langkah taktih kita diperhatikan. Susah bukan jika kita tersedar bahawa setiap lagak dan gaya kita diperhatikan, pasti kekok jadinya.

Namun, itulah yang seharusnya kita sedar,.. sedar bahawa setiap apa yang kita lakukan akan diperhatikan walau bukan oleh manusia namun kita tidak pernah terlepas dari pandangan Allah s.w.t.

Inilah dunia, yang ingin diceritakan kepada kamu, bahawasanya kadang-kala penelitian seseorang kepadakamu adakalanya ingin menjatuhkan dan kadang-kala ingin mengangkatkan kedudukan kamu.

Hidup di pentas dunia adalah lakonan, lakonan yang bagaikan nanti penentu nasibnya sama ada dunia syurga atau dunia neraka pengakhiran hidup kamu kelak.

Sahabat, jagalah setiap langkah dan perbuatan kamu dalam setiap pekara. Kerana dalam setiap lakumu itu ada terselit keberkatannya tanpa kau sedari....

No comments: