Aku tetap seorang wanita yang nipis kotak hatinya

Pernah aku berjanji, aku tidak mahu menangis lagi kerana sesuatu yang tidak hak bagiku. Namun akhirnya aku tidak mampu menyekat air jernih ini dari mengalir terus menerus.

 Pernah aku memilih, akan sesuatu pilihan atau petanda yang pasti yang bakal mewarnai perjalanan ku selepas ini, namun aku gagal memilih akan sesuatu yang terbaik buatku sehingga aku gagal dan tertipuh jatuh dipertengahan perjalanan.

Hidup ini penuh cobaan sahabat,

Suka atau tidak kita harus melaluinya, namun kuatkanlah hati dan dirimu. Biar engkau diuji berjuta kali, agar engkau mampu menjadi seseorang yang hebat dan kuat hatinya apabila hadir sebarang ujian kelak.

jika sekeras mana bicaraku,
aku tetap seorang wanita yang ada kelemahannya...

jika tangisku tiada sendunya lagi,
itu tandanya aku sudah tidak mampu untuk memikirkan akan apa yang harus aku lakukan saat itu bagi menangani situasi itu...

Aku seorang wanita, wanita yang lemah yang sentiasa menagih kekuatan,
kerana hidup dirimu sebagai seorang wanita, sangatlah mencabar sahabat,...
silap langkah atur jalan bicaramu, kelembah durjanalah perhentian terakhirku kelak.....

No comments: