Dugaan Itu Jika Terbaik Buatku Permudahkanlah

 
Dalam melangkah ke hadapan mengejar mimpi-mimpi untuk dijadikan ia kenyataan yang nyata, aku bagai tersungkur lagi, Namun kali ini bagai tiada lagi air mata yang menitis bersama sendu sepi, Aku tidak pasti apakah aku tidak rasa kesal atau sedih dengan dugaan kali ini.

Aku sendiri tiada jawapan untuk persolan ini lagi. Aku akui, dalam hati ini, wajah khayalan hati kecilku terluka lagi. kelukaan kecil yang tiada siapa mampu menyedarinya.

Apa mungkin dugaan sebelum ini telah melenyapkan kesayuaan aku yang sebelum ini tiada mampu aku bendungnya. Jika ia, tiada pengakuan yang mampu aku katakan, adakah ia terbaik buat diri ini agar terus kuat atau tidak kerana menjadi seorang yang tiada punya hati dan perasaan seperti dahulu lagi.

Apa mungkin jika ini yang terbaik buat hamba, jadikanlah & permudahkanlah ia buat hamba yaAllah... Agar tidak aku siksakan hati ini lagi seperti dulu....

Aku sentiasa perlukan kekuatan untuk terus melangkah jauh ke hadapan, kerana itu aku perlukan kekuatan untuk hati ku sendiri terlebih dahulu agar aku mampu lalui semuanya disamping aku mampu membawa insan-insan yang memerlukan sokongan dan dorongan seorang sahabat.
Tujuan hidup aku mudah... hanya satu.

Kuatkanlah aku, agar mampu aku membantu diri sendiri, keluarga, saudara seagama, sahabat, & masyarakat disekeliling aku agar mampu lari dari terus merasai kesedihan, kesakitan & kepayahan yang sentiasa menguasai hati dan perasaan ini....

Untuk itu, aku sendiri memerlukan kekuatan untuk hadapi kenyataan hidup ini, jika dugaan itu mampu menguatkan aku,.. maka, permudahkanlah ia buat hamba bagi melaluinya....


P/S :  “ Sahabat... kekuatan itu tidak datang dari kemampuan fizikal yang kita ada, tetapi ianya datang dari semangat kita yang tidak pernah mengalah... ”

No comments: