Kini aku semakin kenal akan kehidupan bukan bayangan

kuntum bunga itu kini semakin mekar
ia terus membuka satu persatu kelopaknya
agar menjadi sempurna kejadiannya seperti yang telah ditetapkan Pencipta

Hidup kita juga begitu,
aku kini merentasi laluan ranjau kehidupan ini
bukan mudah seperti yang dibayangkan masa aku masih bertaktih belajar mengayuh basikal
aku pernah fikirkan aku mahu menjadi seorang yang berjaya
aku punya seribu benda kemewahan yang boleh aku banggakan dan tayangkan
Pernah aku bayangkan ingin ku berikan segala kemewahan buat keluaga ibu ayah tercinta
Namun apabila usiaku menjangkau bab si bunga nan indah
dalam ku tunduk berfikir, aku tersenyum...
semuanya tidak mudah seperti yang kita pernah harap dan bayangkan masa kecil dahulu

Dalam hidup ini, jika pernah dilalui segala kepayahan dan kesulitan
usah kau mengeluh
apabila tiba saat engkau merasai takdir yang sedikit berat buatmu
engkau akan merasai kekuatan hatimu kini semakin menebal
Percayalah tiada lagi tangisan dalam hati yang berderau deras seperti dulu
Tangisan mu akan terhenti, lantas kau akan berfikir...
Mengapa aku tidak menangis??
Kenapa aku tidak merasa sakitnya kesulitan ini....

Sebenarnya
itulah tanda bahawa hati mu kini mampu menjadi benteng penghalang
penghalang dari segala rasa gundah yang tiada noktahnya
kamu kini menjadi seorang hamba Pencipta yang kuat
kuat dari segi menerima takdir ketentuan realiti kehidupanmu
Teruskan perjalanan
usahakanlah demi kebahagiaan
agar segala angan dan harapan dulu kalamu
tiada menjadi mimpi di penghadapan realiti kehidupan kelak....

No comments: