Teman aku di sini

Bukan aku menagih kasih
bukan aku menagih simpati
bukan aku menagih kata cinta
dan bukan juga aku menagih rasa kasih

hadir ku hanya ingin menanyakan khabar
bagi memulakan bicara yang telah lama sepi
sepi dari perhubungan yang telah lama dibina
agar ia tidak hilang menjadi sejarah begitu saja.

Teman,
maaf andai kehadiran aku menggangu
teman 
maaf dirimu berasa terganggu
akan kehadiran insan terdahulu dalam hidupmu
bukan aku mahu membawa kehancuran
namun aku ingin membawa sedikit ukhwah
yang telah lama hilang antara kita.
hadirku juga
kerana aku bagaikan terasa sesuatu
namun susah untuk aku tafsirkan
apa rasa itu
yang membelenggu jiwa nuraniku.

Aku bahagia apabila engkau bahagia
tiada sedikit kesal atas kebahagiaanmu itu
bagi diri ini yang tetap sama seperti dulu

kacapilah kebahagiaanmu
terajuilah keluarga mu terlebih dahulu
jadikan kekasihmu itu
tempat ketiga dalam hidupmu...
Teman
aku di sini sentiasa menunggu
jika suatu saat nanti engkau jatuh tersungkur
berpaling dan datanglah kesini
aku setia menantimu 
sebagai seseorang sahabat 
yang tidak mahu hatimu tercerdera lagi

sedaya upaya aku akan berusaha
untuk memberikanmu senyuman lagi
kita tidak mungkin seperti dulu lagi
namun cukuplah 
andai engkau merasa semangat 
untuk meneruskan takdir perjalanan sepanjang hayatmu... 

No comments: