Luka

bagaimana rasanya terluka
tentu rasanya sakit
tentu rasanya luluh
tentu rasanya terseksa
tentu rasanya sedih
tentu rasanya murum
rasanya..rasanya..rasanya berbagai
tidak terluah dek bicara manusia

aku pernah terluka
engkau pernah terluka
dan mereka juga pernah terluka
sama seperti kita
cuma keadaanya berbeza

dek kerana cinta kita terluka
kerana teman semasa
kerana keluarga
kerana suadara
yang sememangnya manusia di samping kita

puncanya berbeza
tapi rasanya adalah sama

saat kau terluka
bangiklah hadir kepada Pencipta
tenangkan jiwa
lemparkan resah itu jauh ke sana
Dia ada
mendengar bicara...

tiada apa yang mampu kau katakan
tiada yang mampu kau lakukan
sebegitu pantas bicara dan latahnya
sehingga mampu menghiris si daging merah menyala

hidup perlu ada kesungguhan
biar diri kadang-kala jatuh tiada dibela
biarkan hidup penuh dipenuhi celaan 
asal diri dan jiwamu sentiasa dibawah Rahmat Tuhan....


~teratap sarjana,
  2115 Kijang,
  UPM serdang.

2 comments:

jieha said...

tersentuh hati kita baca :(

si_mone said...

:) sebab kita semua pernah merasai kekecewaan....