Rasa terpendam

Dalam hidup, aku pernah punya teman
susah, senang, gembira dan sedihnya, kami tetap bersama.
keluarganya bagaikan keluargaku juga,
rumahnya bagaikan rumah ku juga,
temannya bagaikan kawanku juga,
rutinnya sememangnya rutinku juga.

Hidup tak ubah seperti kembar tak seiras
dimana dia, di situ juga aku berada,
semua tahu akan persahabatan ini,
semua kenal akan jati diri kami berdua.

Persahabatan
sesuatu perhubungan yang mungkin kekal selamanya
lama atau baru
kesanya mendalam
mampu mengubah hidup sepi menjadi riang
mampu mengubah hidup kelammenjadi cerah
mampu mengubah pandangan buruk kepada baik
hebatnya nilai yang ada dalam perhubungan itu sebenarnya.

Namun,
semuanya berubah
hanya aku yang berpihak
dia entah kemana saat ku tumbang dan jatuh tertiarap mencium bumi
aku berharap dia di hadapanku
namun dia pergi begitu saja saat aku memerlukannya
Mengapa sahabat........
sampainya hatimu.

Aku sendiri cuba meyakinkan diri
namun apalah adanya diriku sendiri mampu membakar kekuatan
kerna diri dan hati ini sendiri juga yang jatuh dan lumpuh sepenuhnya
manamungkin aku mampu
saat itu... sungguh aku memerlukan kamu sahabat.....
aku memerlukan kamu.....
hinanya pandanganmu saat itu,
tangis senduku hanya mainan yang mahu menarik perhatian,
kejamnya engkau....

Pernah
teguranku disalah ertikan, 
diperbesarkan,
diperburukkan,
dipersendakan....
hanya padaku
tidak pada insan lain...
begitu kecewanya aku,
mengapa kelebihanku kau pertikaikan sahabat?
engkau sepatutnya menyokong ku bukan menjatuhkan aku.

aku menangis, 
bukan kerana ditinggalkan kekasih
bukan kerana kehilangan ibu bapa
bukan kerana harta ku musnah
namun hanya kerana kamu yang diriku sendiri gelarkan sahabat....

Engkau jauh dan semakin berubah
entah siapa engkau yang bagaikan tidak ku kenal
dirimu lain meraih perhatian
bukan cemburu cuma ku kecewa
lagakmu tetap megah tanpa fikirkan masa depan.

Aku cuba bangun dan berdiri sendiri
teman biasa hadir menongkat diri ini
tulusnya dia tidak aku sedar sebelum ini
segala macam cara aku buta dan pekakkan saja
bodohnya rasa biladifikirkan kembali

Kini,
aku disini, berdiri di tempat yang pernah kau idam-idamkan sebelum ini.
namun aku sendiri, di sini membawa hasrat hati
ingin berjaya demi diri,keluarga dan insan di hati

Maaf...
bukan aku mahu menghina dirimu
cuma aku sedih dan pilu bila engkau sudah tiada bersamaku
pernah ku bayangkan aku di sini bersamamu
membawa kejayaan buat insan-insan yang sayangkan kita.

Teman,
walaupun kini kita sudah tidak seperti dulu,
namun ketahuilah aku sentiasa melihatmu
dari kejauhan dan kesepian,
aku tahu kini kau ditinggalkan tanpa teman seperjuangan dulu,
maaf kan aku,
bukan aku tidak mahu menerima dirimu seperti dulu
cuma hati ini rasa terlukanya masih baru dan pilu,
tidak mudah bagiku menerima dirimu yang pernah membuangku
bagaikan sampah di tempat yang berhempedu
semoga kau bahagia dalam kebahagiaan yang penuh syahdu....


~teratap sarjana, 2115, 
  UPM serdang.





No comments: