Alhamdulillah, bagaikan sempurna buatku

Dia berubah
ke arah terbaik yang pernah aku pinta
aku rasa lega dan bahagia
walaupun dia bukan di sisi seperti dulu kala

Aku merasa lega
kerana dia sudah pandai bicara
menyoal dan menjawab
akan erti kehidupan berarus tertunda kadang-kadangnya

Meski aku masih berdoa
akun ikhlaskan sahaja
atas semuanya antara kita
kerana kamu yang pernah bertahta
dalam hati atas takdir Pencipta

Kini ku rasakan bahagia
walaupun tiada takdir kita bersama
kerana kita masih mampu berjabat
atas rela sebagai sahabat

Aku gembira yang tiada mampu aku luahkan
kerana kini kau berikral
akan keutamaan pada bonda ayah tercinta
yang mencintaimu dengan penuh rasa dijiwa

Teruskan azam tekad di dada
jangan pernah mengalah dalam apa jua pekara
Dia masih berupaya
menunggu kamu jika kasihnya akan dirimu yang tiada ternilai harganya

Aku kelak mampu pergi dengan rasa yang bahagia
kerana aku tahu engkau telah berjaya
meraih kemenangan dalam cinta dan cita

Teruskan berusaha teman yang pernah aku cinta
moga dirimu akan kecapi akan setiap apa
yang pernah kau bayangkan semasa kita bersama
hidup bersama semua dengan penuh redho, ikhlas dan bahagia...

(Full name Amazon.co.jp LTD Cyborg Revoltech Danboard Robot)Facebook
Hanya sedikit bicaramu, membuatkan aku berasa terlalu lega.... Apa yang pernah aku harapkan, akhirnya tercipta walau tanpa aku yang berada di setiap jaga dan lena. Engkau kembali, pada asalnya yang pernah kau ada. Itu cukupbuat aku rasa tenang dan bahagia walaupun tiada apa pun kesannya yang ku dapat dan berharga. Teruskan langkah dan citamu wahai teruna, aku di sini mendoakan segalanya baik dan bahagia buat dirmu yang aku pernah puja. 
Kali ini membuatkan aku mengalirkan air mata, kerana rasa bahagia yang engkau punya. Itulah cinta, kita akan rasa terlalu bahagia apabila insan yang kita cinta kecapi bahagianya sendiri walaupun bukan dengan diri kita :')

Aku hanya mampu memandang dari jauh akan bahagia yang kau ada..... Tanpa berbuat apa-apa selain berdoa agar kau lebih bahagia dari apa yang kau pinta....

4 comments:

Alya Sumayyah said...

anak didik cek da semakin berjaya..
mengatur kata disebalik rasa.. percayalah sayang, bahagia untukmu pasti menjelma,
takdir yang maha esa itu adil untuk semua... sayang kamu hingga hujung nyawa.. :)

si_mone said...

Perjalanan mencabar di sini lega dengan adanya kamu selain keluarga dan Pencipta...

moga aku mampu terus menjadi diri ku, dan menjadi lebih baik dari sekarang...
doa kan aku...

khir said...

Ikhlaskan Sahaja

Ikhlaskan sahaja maaf kamu itu
pada hujan yang turun melebat
memudarkan warna pelangi
meski kamu belum puas
menatapnya warnanya.

Ikhlaskan sahaja maaf kamu itu
pada matahari yang membahang
mencairkan putih salju
meski kamu belum puas
meluncur bersamanya.

ikhlaskan sahaja
maafkan sahaja
meski kamu
terluka
sebab ikhlas itu
ganjarannya syurga....

si_mone said...

:')
terima kasih cikgu...
ya saya usahakan,
walaupun dulu pernah mendambakan
namun itu kententuan bukan
tidak semestinya yang dirasakan baik itu terbaik buat kita...

dulu aku pernah berdendam
namun akuhapuskan jua kerana sayang
akhirnya kini aku ikhlaskan
kerana bahagia dia terasa bagai bahagiaku jua...