celaru


Bila tiba masanya semua akan pergi,
begitu juga kamu,
begitu juga dia,
dan begitu juga aku....

masanya akan tiba
namun cuma masanya kita tidak ketahui.

Manusia hidupnya dipersenda
bila diberi ruang dan waktu kemewahan
semuanya dicicirkannya
menjadikan segalanya tiada...

hidup ini sementara
menjadikan kita insan yang sentiasa bertelagah
menunjuk mana satu benar dan mana satu salah
tanpa bertanya kepada diri, adakah kita bersalah...

aku mahu meninggalkan semua ini dengan tanya pertanyaan
kerana masa ini hatiku berbisik
kerana pekara yang bagaikan disengajakan.....

5 comments:

khir said...

Mone...

Aku juga seperti seperti kamu...

si_mone said...

rasanya...
seperti buntu... :(

khir said...

Dara,
kulihat sinar di pulau itu
mari kita ke sana
aku tahu, ada duri di dadamu
peduli, mari bawa bersama.

Wajah ada menatap di cermin hijau
buat apa, kasih kepalang jadinya
sedang mentari siang meninggi
bulan di malam silih berganti
kau tetap mengadui
buat apa, buat apa
itu cuma seloka: kata ibuku.

Dara,
manis wajah di balik pulau mengintai
itu tanda: kasihmu 'kan merangkai
kerana sinar ada di hatimu
ayuh dara, mari ke pulau.

Betapa wajah 'kan tidak dirona
kerana setiap penjuru dengan penunggunya
betapa kasih 'kan ditatang bersama
kerana para dewa bersemayam di singgahsana.

Begitu pun dara, ketawalah ketawalah
sebelum bulan meninggi di pintu langit
kerana esok jangan menyesal,
manisan menjadi pahit!

Puisi ini ciptaan Maimunah Hj Omar...saya suka isinya. Harap kamu will get better. Meski saya sendiri tidak mengerti siapa kamu, apa masalah kamu, apa emosi kamu.Maafkan.

Alya Sumayyah said...

sangat bermakna puisi ini....

sangat punyai kata-kata yg menyentuh hati...

si_mone said...

sangat bermakna kata-katanya cikgu :)
terima kasih.... moga dara ini mampu tersenyum dan ketawa selepas ini:)