Kuatkan hamba


Seperti ada sesuatu yang tersisip di hati
berat rasanya
seakan beribu kali berkeluh
dalam diam menenangkan diri
ternyata masih tiada kesan baiknya
buat diri yang kedil ini...

Apa sebenarnya ya Allah
sungguh aku mahu menangis
namun tiada aku tahu apa puncanya...

Kuatkanlah aku
agar mampu aku lalui hari esok dengan sempurnanya....

6 comments:

khir said...

keluh kesah memang ciptaan Ilahi
sudah ditanamkan bersama hati
sejak azali
syukurlah kamu
itu tanda hati belum mati
tentu kamu pernah berguru
keluhan jangan dibela
bebaskan ia dengan kalamullah.

ahhh...
apa ditakut pada
mengalirnya air mata
seketika berhenti juga
kalau kamu mahu pahala
juga bahagia
menangislah bersama
Ar-Rahman surah terindah

si_mone said...

:')

ada linangan air mata apabila membaca
coretan cikgu buat kali ini..

saya mahu menangis, tapi saya sendiri tidak tahu apasebabnya.

sungguh pagi ini terasa lemah, semuanya cara terasa longlai...

saya sedang mencari apa puncanya,
namun belum juga tahu akan jawapannya...

cikgu hidup ini banyak benar dugaannya bukan?
kadang-kala terfikir mengapa saya tidak mampu tersenyum ceria seperti mereka setiap saat dan ketika bersama sesiapa pun yg mendapingi...

air mata akhirnya jatuh juga....
moga akan berasa tenang selepas ini utk berjuang mendapatkan ilmu demi mencapai cita.....

khir said...

simpan sahaja air mata itu
alirkan ia pada hari bahagia
waktu bersedih
Alllah kan ada!

si_mone said...

saya tersasar arah....

Alya Sumayyah said...

jika tersasar arah , carilah ia semula.. kamu bertuah sebab Allah sedarkan kamu tntang itu.. mudah saja, kalam Allah (al-quran) kan ada.. sebaik- baik rujukan ada didalamnya.. cari buku yg boleh mencuci jiwa.. rasa itu brlaku bila kita masih jauh dari Allah sebab ketenangan itu adalah sumber bahagia., Semangat, hidup masih banyak likunya.. :)

si_mone said...

terima kasih sayang...bantulah aku andai kau lihat aku mula tersasar...