Mula melangkah



Aku mula melangkah
jauh dari laluanku yang sebenar
bukan kerana takut
namun kerana itu kehendaknya...

Aku melihat dari sana
jauh dari pandangan mata
bukan kerana takut untuk berhadapan
namun rasa takut untuk kehilangan...

Aku menanam rasa di dada
jauh di sudut hati aku berdoa
biarpun kita jauh terpisah
kerana hati dan keadaan memaksa...

Aku berbuat begitu bukan apa
bukan kerasa salah atau benda yang tak sengaja
cuma mahu pergi dan membawa sesuatu yang tiada
antara dua hati yang salah satunya bagaikan tidak sengaja...

Keputusan itu ku terima
bukan kerana sesiapa memaksa
namun kata bila hati kecil bebicara
aku turutkan demi kebaikan semua....

Selamat tinggal semua
jika takdir yang maha Esa
kita akan bertemu dan berbicara
jika tiada hadirnya aku kembali kelak
maaf dan halalkan apa saja diantara kita...

Satu ku mahu kau ingat dan kau bawa
walau macam mana sakitnya kamu kelak
berdirilah walaupun sakit dan
menangislah walaupun memalukan diri sendiri di khalayak,
sududlah semahunya dengan mengadu pada yang maha Esa...
sujudlah...
dan sujudlah...
lakukanlah....
jika dengan hatimu akan kembali kuat dan terasa tenang....
lama nanti kamu akan terasa selamat kerana kesakitan yang pernah kamu lalui itu...♥

Jangan bersedih... jaga hati dan dirimu dahulu sebelum engkau mahu menyayangi hati dan diri seseorang. :')
 

2 comments:

khir said...

hari ini
terjaga oleh belaian angin pagi
yang mengusap manja
rindu yang semakin kosong

dia bawa bersama kata-kata
yang harum sekali

ke marilah angin
ambil semua rindu ini
terbangkan jauh-jauh
supaya terang jalan cita
menuju jaya.

si_mone said...

moga m'persona segala cahaya menerangi jalan dan liku ini :)