Tanya Pada Diri


Hidup dalam bayangan dan mimpi lalu
tidak baik untuk hati dan diri
namun selalu terfikir akan kesannya
namun mengapa... susah juga untuk membuangnya.

Hati terasa sebak kadang-kala
hanya kerana kenangan yang lama
insan lain mampu berkata-kata
namun bagaimana mahu membuangnya jauh dari dasar hati

hati lemah tanpa akal difikiran yang meransang jiwa....

Bantulah diri
bantulah hati
agar terbebas dari kegelapan hati
kerana itu yang mampu melemahkan jati diri....

Dalam hidup ini benar, susah untuk melupakan akan sesuatu. Insan sekeliling mampu berkata semanis madu, menyucuk tanpa rasa jemu agar hati itu akan terasa hempedu akan manisnya madu. Bukan mahu salahkan akan mereka, namun minta difahamkan akan rasa hati yang menjadi bisu kerana kenangan yang lalu. Mereka memberi nasihat dan pandangan pada sesuatu masa, namun hati ini perlu bimbingan akan sesuatu yang berada di depan. Bila bicara soal hati dan perasaan, bagai tiada pnghujungnya.

4 comments:

khir said...

anggap sahaja
yang buruk-buruk
yang pahit-pahit
yang masam-masam
yang hodoh-hodoh
yang jelek-jelek
itu semuanya tahi
yang tersimpan di perutmu
sampai masanya ia minta keluar
buangkan sahaja
pasti kamu akan berasa lega!

si_mone said...

mahu membuangnya mengambil masa...

khir said...

kalau lambat nanti sembelit...kena jumpa doktor...lagi malu...baunya...perghh jangan cerita...tuan punya barang pun tak sanggup nak hidu...wuekkk...jangan terlambat ya...buang cepat-cepat

si_mone said...

yaa.....