Aku Mohon, Pergilah

Malam sepi aku sendiri lagi,
bagai mentafsir firasat hati yang selama ini menjadi hiburan insani.
Hebatnya mereka berteka teki dengan perasaan sendiri
tanpa mereka sedar, mereka sudah dimiliki.



Ya Allah,
aku rasakan hebatnya dugaan untuk kali ini yang melibatkan hati.
Ya Allah,
jauhkan rasa ini dari aku terus menghayati.
Tutupkanlah pintu hati ini
pada mereka yang cuba untuk mengkhianati.



Aku jatuh hati pada kamu kerana apa yang ada pada diri kamu
namun aku tidak sedar yang ia memakan diriku sendiri...

Aku mula menyukaimu tanpa aku sedar dan aku tahu apa rasanya saat itu
namun aku tidak sedar yang aku sedang diparahkan bersama pedang tajam yang bakal memakan diri...

ya Allah ya Rabbi
aku lupa pada cintaMu yang lebih dan lagi hakiki serta abadi...


Abadi...
satu perkataan yang tidak akan aku lupakan,
dasyat rupanya engkau di hati,
sampai begitu sekali engkau mengancam diri...


Abadi...
aku tidak sedar bila semua ini bermula
dan aku tidak tahu bila ia akan berakhir...


Dengan semua ini,
aku mula sedar akan apa yang patut aku sedar dari dulu kini dan selepas ini...


Terima Kasih kerana engkau pernah terletak di hati
Memberi sedikit rasa disayangi dan dicintai
dengan penuh rasa yang abadi dan bagaikan hakiki...


Aku mohon engkau bahagia
dan aku pinta
moga ingatanku hilang dari semua ini...
secepat yang mungkin....
ya, secepat yang mungkin......

2 comments:

khir said...

cheer up girl, dont let others mess your life...too sensitive is not good. As far as i know you have been suffering for a long time...now's the time to get rid all the trouble...or you'll end up frustrating all your life, young lady!

si_mone said...

thanks cikgu !

I tried to find happiness for myself,but why do people destroy it?Therefore my heart is always sad...
but now,
I will try to get up for get my happiness...
please pray for me....