Apabila Bosan, Ceramuk

Assalamualaikum... Pembuka Bicara,

Terkejut dengan guruh yang dari tadi berdentum, tanpa henti... 
Yang tidur pun sampai terjaga lenanya.
Yang lena dalam jaga juga turut terjaga dan tersasul ( itu aku la tu... )
Kuasa Allah s.w.t tiada siapa yang mampu melawanNya, Hebat..
Alhamdulillah... 
aku bersyukur kerana diberi otak dan insan sekeliling yang sentiasa mengingatkan aku
bagi membuatkan aku sentiasa berfikir tantang baik dan buruk akan sesuatu.

Petang hari nie sebenarnya aku rasa macam hari jumaat saja, aku tak pasti kenapa.
Mungkin sebab banyak kelas yang dah habis,
jadi bila sisa-sisa hari ni dibuang macam tu saja kat bilik hari ni, 
buatkan aku rasa macam dah mula musim.... "stdy week" 
Best ! sebab... 
Aku boleh buat apa saja aku suka, hehee..
dah tak ada masa nak kejar-kejar bas ( buang masa wey... )
dah tak ada masa aku nak bangun-bangun awal nak berjalan tawaf kolej
dah tak ada masa untuk aku ikut apa-apa aktiviti yang ada
yang selalunya memenatkan badan aku walaupun terasa enjoy.
Lega...
itu yang boleh aku kata...

Tapi tidak aku lupa, malam ni peperiksaan kompang buat aku.
Aku nak nyanyikan lagu direnjis-renjis dipilis.
wahh.. agak-agak akaq la kan, nak hujan tak?cebollita animated onion
hee.. dok kot kan..
moga-moga malam nie segalanya dipermudahkan.
Aku segan dengan En Shah tu, dah la jarang turun kelas dia
bukan saja tapi mesti akan bersangkut dengan aktiviti lain.
Hmm.. saya mohon maaf ya En Shah...

Ok.. dah tak ada idea untuk aku merapu disiang hari macam nie.
Bosan sebenarnya, letih pun ada jugak.
Aku nak bubuk sekejap, 
cemburu pulak tengok budak-budak nie duk membuta saja,
ok diari hatiku..
jumpa lagi 


Hati sebenarnya terselit sesuatu
namun bagai tiada berdaya untuk aku menulis bagi yang itu
moga segalanya dipermudahkan
buat hati dan diri ini berdiri teguh seperti dulu...

No comments: