Ya Allah, Ya Rabbi


Aku mendengar
Aku melihat
mereka menangis
kerana maksud yang tersirat

Ya Rabbi
Agungnya KuasaMu
Memberi kami hambaMu
Perlindungan dan kenikmatan kehidupan

Namun kami gagal dalam menjaga dan mengamalkannya
Kami pergunakan kurniaanMu bagi kepentingan kami sendiri
Kami lalai dalam meniti perjalanan hidup ini
Kami gagal membawa diri kami ke jalanMu kembali

Hati hamba berbisik
Hati hamba menangis
Terasa takut
Bila wajah ibu dan ayah terbayang difikiran ini,

YaAllah..
Lindungi ibu bapa kami
Lindungi mereka
jangan biar mereka terima balasan kerana dosa-dosa kami

Ampunkanlah dosa-dosa mereka
sayangi dan lindungi mereka
Rohmatilah kehidupan mereka
walau di dunia dan di akhirat tempat pengakhiran bagi semua kehidupan

Terasa diri ini kedil dan lemah
Terasa mahu Engkau ambil nyawaku
terasa tidak sanggup lagi berada di sini
Dalam dunia yang penuh penipuan dan senda durjana..

Ya Allah
Matikan kami dalam agamaMu islam
Matikan kami dalam keadaan yang sempurna dan elok caranya
Permudahkanlah saat kematian kami
Jangan biarkan orang disekeliling kami menangis
dengan fikiran dan hati yang tiada tenang bila memikirkan masa hidup kami yang mungkin penah mengecewakan jiwa...

Aamiin....

2 comments:

restukan bulan mish miera said...

sangat2 indah islam itu..
kdg2 kite lupa dan sering alpa..

sy dah follow blog saudara..
jangan lupe follow blog sy..
btw nice song..

si_mone said...

ya..benar...kita selalu sahaja lalai ...

thanks :)