Yakinkan Dirimu

Terasa sesuatu dalam hati
Bila malam sebegini gelap dan pekat
Hati mula terdetik mencari punca cahayanya
Tapi entah kemana hilangnya cahaya itu
Dalam sedekat dua detik ini
Apakah ada yang menghalangnya dari terpancar
atau mungkin sudah terbakar
kerana sudah terlalu lama ia menyuluh kegelapan hak lain darinya...

Terasa rindu
namun dibukukan sahaja diam-diam dalam hati.
Diikat kejap dan ketat
agar tiada ia terurai
takut jika terurai nanti tiada dapat dicari asalnya yang terungkai...

Tidurlah insan dalam sepi malam yang sepi
Pejamkan mata tenangkan jiwa
Lupakan segala duka dan lara
yang diberi manusia berlainan jiwa

Dalam Dunia manusia berbagai rupa
jiwa mereka dan kita juga berbeza
namun semua berusaha menjadi sempurna
dimata manusia yang hanya punya satu pekara

Langkahlah dengan yakin dan bertenaga
jangan ditoleh pada benda lara durjana
janji dan taburan budi yang tiada ikhlasnya
pasti diketahui juga di pengakhirannya :)

2 comments:

khir said...

apabila malam mengapungkan rindu
kitapun
menyulam kenangan
dan membenihkan harap
agar realiti
bangkit bersama pagi.

si_mone said...

ya...

setiap malam pasti membenihkan harapan..moga esok mampu jadi yang terbaik...