Awan


Terasa lemah dan longlai
terawang-awang bila datang angin madah bertiup lembut
meniup lembut diri terasa diangkat dan dibiar bebas di langit awan atas sana
bebas, tiada yang menekan menyentuh
lembut kerana tiada tekanan dan terasa bebas...
ya bebas...

Lihat di atas sana putih bersih
tiada yang ternoda lagi ciptaan Pencipta di atas sini
indahnya rahmatMu yaAllah
mahu sahaja aku di sini
sunyi sepi seorang diri tiada yang datang memanggil, dipanggil, melihat dan dilihat
mahu di sini terus tiada upaya rasanya mahu ke mana-mana lagi
terasa payah dan berbongkah walau hakikatnya tiada yang menjadi batu bergajah di pertengahan perjalanan yang terasa payah...

bila pejamkan mata terasa air mata mengalir dari jiwa
sudah lama teringin berhajat berada di sini tanpa aneka manusia
walau dalam mimpi sekali pun tidak mengapa,

hati ini sudah lama terluka
oleh dunia yang di dalamnya penuh durjana
diri telah berusaha mencari rehdo dan jalannya
namun dipertengahan perjalanan langkah penglihatan dan bicara
hati ini sentiasa terhenti kerana dicela dan dek kerana terluka

bagaimana mana lagi diri mahu berkata
jika setiap apa sahaja yang dilakukan,
pasti akhirnya hati ini yang akan terluka...

2 comments:

khir said...

Maaf...
kata-kata dari pena kamu
kali ini
sukar aku fahami
sedih celaru pilu kecewa
beranak pinak dalam alunan lagu
yang tiada aku tahu iramanya

tetaplah pada awan
fitrahnya ia tidak kekal lama
tapi aku tahu ia gembira
menurunkan hujan melindungkan panas

si_mone said...

terasa celaru sangat cikgu...munulis dari apa yang ingin terkeluar sahaja.. :(