Padan Muka

Apabila rasa malas menguasai diri
Segalanya terasa bagaikan tidak diredhoi
Mulanya rasa lega namun mengudang sejuta kekeliruan
Mengapa perlu dicipta kecelaruan itu jika sekarang mampu terus tersenyum?
Itulah ganjaran apabila mengikut malas diri !
Benda yang boleh diselesaikan
Diambil mudah dengan menangguhkan
Siapa yang susah?
Diri sendiri juga bukan
Padanlah dengan diri membela sangat akan kemalasan  yang ada dalam hati !

2 comments:

khir said...

aku sama seperti kamu
sangat cinta pada malas
yang diberi Balqis
aku lihat indahnya
pemberian itu
kainnya sutera lalai
dijahit dengan benang khayal
warnanya adunan cuai
dan gopoh gapah
tapi aku cinta malasku
sama seperti kamu

mari bersama aku adik
menuju bahagia dunia
ciptaan manusia yang
menghancurkan cinta dan cita-cita

mahukah kau ikut aku?

si_mone said...

TIDAK !

aku mahu bahagia
tetapi kenapa utk bahagia juga aku malas,

aku mahu gembira,
tetapi kenapa utk gembira juga aku malas mengusir duka...