Selamat Hari Guru



Buat insan yang pernah hadir dan membela diriku
saat aku jatuh dan aku lemas,
ada engkau yang menyambut aku
dalam payah dan susah engkau tetap membantu

Guru jasamu tiada mampu aku balas
walau lautan emas aku adakan
tiada ternilai dengan jasamu
yang mengorbankan masa dan kasihmu buat anak didikmu

Andai nanti aku berjaya di mercu sana
jangan kau tinggalkan segala pesan dan ajarmu
kerana walau di masa saja aku,
dirimu tetap ku perlu...

Terima Kasih Cikgu,
ikrarku hanya satu
akan ku ingat segala pesan dan janjiku
demi kejayaan dan kebahagiaan aku di mercu !

Marahlah aku andai nanti aku lupa
Pukullah aku andai aku terlalu berjenaka
moga tiada hilang jasa dan baktimu
dalam fikiran kami anak didikmu....

Khas buat insan yang bergelar guru, terutamanya buat Cikgu Narissa, Cikgu Zalina & Cikgu Khir...
Walau dimana aku, keadaan dan kesedihanku, kamu tetap memberi aku kata-kata tanpa jemu,

TERIMA KASIH CIKGU !

10 comments:

khir said...

awak ada cikgu nama cikgu khir ye? Sama dengan nama saya...huhuhu

ejulz said...

smoga warga pendidik sntiasa diberi keberkatan olehNya diatas keikhlasan mereka memberi tunjuk ajar kpd anak didik mereka..

si_mone said...

cikgu...

itu kamu !! :)

si_mone said...

ejulz..

Aamiin.... moga-moga keberkatan sentiasa bersama mereka :))

khir said...

Ohhh...saya fikir kamu wish kepada cikgu kamu...rupa-rupanya kepada semua orang yang kerja guru...thank you Murni

Kesuma Angsana said...

tq to all warga pendidik tak kira apapun cikgu, ustaza, guru memasak, guru silat, guru memandu ke selagi dipanggil cikgu

si_mone said...

ya...terutamanya pada kamu cikgu khir... :))

terima kasih :)

si_mone said...

Kesuma angsana...

ya, betul tu... ! :)

selamat hari guru semua!

khir said...

"terutamanya pada saya"? ...why...that was a huge appreciation from someone i hardly know...i've done nothing for you.

si_mone said...

kadang kala sesuatu yang kita lakukan memberi kesan yang sangat besar pada orang lain tanpa kita sadar :)

terima kasih cikgu...