Ibu

Aku melihat dengan mata hati
Jauh yang menembusi ke arah bukit sana
Hijau yang mendamaikan
namun ada sesuatu yang perik yang dirasa

Ibu
aku merindui kamu
walau dalam talian 
aku dengar dan aku berbicara denganmu

Aku mahu
Berada dalam dakapanmu
terasa diri ini menanggung sesuatu
yang tidak mampu dileraikan melainkan kamu

Ibu
adik rasa mahu memeluk dirimu
mahu dirimu membelai dan mencium pipiku
seperti masa dulu yang tiada pernah aku berenggang denganmu

Ibu
Aku mahu duduk denganmu
menceritakan sesuatu
yang tidak mampu aku tafsirkan dengan suara merdu

Ibu
aku mahu duduk dalam dakapanmu
menangis menceritakan derita
yang mungkin terlalu lama telah aku kilitkan

Ibu
adik rindukan ibu
tiada siapa dapat menggantikan posisimu
kerana engkau terlalu bererti di hati aku


Terasa mahu menangis, teringatkan ibu....
Hanya Allah yang tahu,
kekuatanku hanya dengan pelukan ibuku.....

No comments: