Teruskan Langkah

Dalam hidup ini
kita tidak akan mampu puaskan hati semua orang
walau kadang-kala kita korbankan diri kita
itu adalah hakikat
yang setiap insan pasti melaluinya...

Cuba redhokan
walaupun terasa sakit dan perit
kerana ini kehidupan
yang harus ditempuhi setiap perjalanan...

Walaupun terasa sakitnya
cuba tenangkan hatimu
dengan berkata "biarkan saja"
sambil tersenyum
pasti engkau akan merasa sedikit tenangnya
walaupun tidak seberapa...

Kuat ya teman
hidup ini memang bukan hanya untuk berpihak pada kita
kerana ini perkongsian
yang harus dilakukan walaupun terasa siksanya....

No comments: