Pujuk Diri


Aku mencari kebenaran
aku peroleh kebenaran

aku diuji dengan kesedihan
aku cuba tempuhinya dengan kesabaran

Dalam hidup ini kita dihadirkan dengan ujian
bukan untuk diporak perandakan kehidupan
semuanya hanya satu lintasan
bagi mengenalkan kita akan kesusahan dan kepayahan.

Apabila terjatuh
cuba bangun
walaupun sakitnya terasa begitu tersiksa
seakan diri tidak mampu lagi untuk bernyawa.

Teruskanlah perjalanan
jangan ditoleh lagi kebelakang
kerana akan memberi kesan
yang mampu merubah setiap pengharapan.

Berlangkahlah walaupun terasa longlai
gagahkanlah walaupun tidak termampu dengan perasaan
Percayalah akan keajaiban
nescaya kamu akan rasa bahagia dalam ketenangan
yang tidak pernah kamu sedar akan adanya rasa sedemikian...

2 comments:

khir said...

puisi ini agak mudah...kurang puitis...rasa kasar...unsur-unsur sajak yang boleh menimbulkan rasa tidak kelihatan. ia masih sebuah puisi yang mencerminkan diri moonee, jangan tertekan jika ada komen begini sebab penulis sepatutnya sentiasa menghargai hasil tulisannya. any way i think you can do it better. one more thing...why is the theme is always the same?

si_mone said...

ya... mungkin kerana perasaan saya yang menulis saat ini... :(

saya ucapkan terima kasih cikgu, sebab cikgu memberi saya teguran,
kerana saya akan cuba baiki untuk penulisan seterusnya...

why always the same theme?
because I've always been faced with such situations...

kemana cikgu menghilang terlalu lama..? :(
adakah cikgu baik-baik saja...?