Segalanya Untuk Hari Ini

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Badan ini sebenarnya sudah terasa letih. Peperiksaan kali ini sangat menguji akal dan tenaga. Mana tidaknya setiap hari ada subjek, macam teman-teman lain boleh juga berhenti rehat. Tapi Alhamdulillah... esok aku berpeluang merasai apa yang mereka rasa. Sebab tu malam nie rasa nikmat sangat-sangat sebab otak boleh rehat dari berfikir dan membaca buku, Hehee (suka pulak rasa hati nie...)

Esok rancangan nak pergi Bukit Expo lagi. Tapi nak pergi pagi, moga cuaca ok... Esok lepas subuh dalam pukul 7.00 pagi mesti sudah gerak. Nak naik bukit tempat yang menjadi kegemaran aku untuk melepak. Dalam jadual yang dirancang, kak alia, dengan kak cik pon nak ikut, hehee... lagi meriah la, bukan apa selalu aku, ita dengan meera saja. Esok insyaAllah kami berlima. 

Sebenarnya sebab apa aku suka naik bukit tu, Pemandangannya, masyaAllah bagi aku sangat cantikonion MSN smilies. Boleh tengok keadaan Alam sekeliling. Esok nak panjat tiang besi tinggi tapak kajian tu ke atas. Teringain pulak rasa hati nie nak naik atas sana, sebab aku tahu pemandangan setinggi tu mesti lagi cantik. Sebab petang semalam ramai yang naik, cemburu rasanya kalau tak rebut peluang. Pergi pagi mungkin orang tak ramai, so boleh la kau kurangkan rasa segan dan malu, yalaa... Bila perempuan nak buat aktiviti ganas sikit mesti la nak elak dari pandangan lelaki. 

Petang tadi sebelum pergi exam, call Tokwan. Rindu la kat Tok dengan Tokwan. Dah berapa hari sebenarnya aku bertagak-tagak nak call, tapi terlupa. Hmm... muda-muda dah lupa, harap jangan cepat nyanyuk sudah laa. Alhamdulillah, Tokwan dengan Tok sihat, dengar suara pun ceria, Alhamdulillah. harap dieorang sihat, tak sakit-sakit sangat, kesian kalau terus terusan tak sihat, siapa nak jaga dan tengok. Aku balik pun minggu depan tu pun seminggu saja. Moga kesihatan dieorang baik-baik saja.

Mesej dengan Mak, Alhamdulillah... Abah pun dah balik dari Terengganu. 9 Hari kat sana, tinggal mak sorang-sorang,  siap Mak makan kat kedai lagi sorang-sorang, Hehee... Terbaiklah Mak ! Sebab selama hidup nie, tak pernah nampak Mak makan kat kedai sorang-sorang. Abang Din pun tak balik minggu lepas sebab ada krusus kat Penang. Malam-malam mesej mak, sunyi katanya... Kesian kat mak, kalau tak dulu mesti aku lah peneman setia, Hehee... Kemana saja Mak pergi mesti ada muka aku, Hehee.. Adik rindu kat Mak, Terima Kasih Mak sebab selalu ingat Adik kat sini, Jaga dan sentiasa Ingatkan Adik.
Dalam hidup Adik, Mak tiada ganti dan tak akan pernah ada tandingan walau dengan sesiapa pun.

Balik nanti tak sabar nak jumpa Cikgu Narissa dengan Tiqah. onion MSN smiliesNak agak keluar sekali lepak-lepak macam biasa. Mintak-mintak Comby, Zaty dengan Cakul pun cutilah sekarang. Susah la, bila cuti tak sama kan... Hmm... Rindu dekat Cikgu Zalina juga, lama tak dengar khabar dia. Agak-agak cucu dah bertambah ka?? Hehehee... Moga Cikgu sentiasa sihat dan bahagia ya.

Oke, insyaAllah esok pulak kalau ada masa ya, esok nak kenamula stdy untuk subjek bahasa asing, kena tumpu betul-betul, sebab otak aku nie bijak sikit... Hee.. Selamat malam semua !

Ya Allah, Lindungi insan-insan yang Aku sayangi ini. Berilah mereka kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia akhirat... Jangan dibebani mereka dengan ujian yang berat, Moga Engkau permudahkan segala urusan dan pekerjaan yang mereka laksanakan....

No comments: