Matlamat Akhir Itu Hakiki

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

aku cuba melupakan
namun lumrah bila mana ia datang juga sesekali

aku cuba mencipta bahagia
namun lumrah bila mana terasa susah dan payah menciptanya

aku cuba mencipta kekuatan
namun lumrah bila mana aku dihadirkan dengan bertimpa-timpa ujian

Walau diri cuba untuk berubah dan mengubah, jika kehendak Allah s..w.t menetapkan sebegitu pada kita, maka begitulah buat kita. Sesuatu yang dinamakan perubahan sebenarnya bukanlah mudah. Bila masa mulanya engkau merasakan engkau akan mudah melaksana atau melakukannya, dipertengahan jalan nanti, akan ada sesuatu yang bagaikan menghalang atau memberatkan perjalananmu itu. Itu bukanlah halangan yang engkau harus terimanya lalu melupakan hasrat sebenar yang engkau bawa, namun itulah ujian buat engkau untuk melihat, adakah engkau mampu membawa apa yang engkau mahukan dengan ikhlas dan rasa mampu yang tinggi.

Jika engkau berhenti lalu membiarkan masa berlalu begitu sahaja dengan hanya membawa hasrat dan keinginan lalu, maka engkaulah insan yang rugi. Namun jika engkau berusaha mempertahankan keinginanmu dengan berusaha dan berusaha melalui dugaan dan ujian itu, maka engkaulah orang yang bertuah dan layak untuk kecapi nikmat selepas itu yang telah ditetapkan buat mu dengan penerimaan hati yang benar-benar inginkannya.

Berjuanglah teman, walau sakitnya terasa bagai tidak mampu untuk meneruskannya...
Semua itu adalah rasa yang hanya sementara untuk dirasai kerana masa itu engkau akan diuji dengan hati dan perasaan. Jika engkau bertahan dan meneruskan segalanya dengan azam dan kekuatan, engkau akan merasai nikmatnya dikesudahannya kelak. Berharaplah pada Allah, tiada apa yang melainkan Dia...

No comments: