Buat Wali Tercinta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Buat kekandaku,

jangan dibiar hati menguasai diri
dengan kenangan dan derita lalu yang terlalu menyakitkan nurani...
ikhlaskan hati,
biarkanlah dia berlalu pergi
dengan membawa seribu janji dan harapan yang sememangnya tidak pasti...
kerana di penghujungnya nanti,
akan ada sesuatu yang bakal kamu dan dia perolehi
yang jauh lebih baik dari kenangan yang menyakiti ini...

Allah jadikan hambanya dengan sebaik ciptaan di dunia ini.
jangan dipandang akan kecantikan wajah dan diri
Kerana percayalah kesakitan yang hanya engkau akan perolehi nanti.

Lihatlah pada jiwa dan hati seorang puteri
kerana di situlah bukti dia bakal menjadi penerang hati buat anak-anakmu dikemudian hari.

Percaya pada janji Ilahi,
Kuatkan iman di hati
serahkanlah segala-galanya pada Takdir dan Restu Ilahi
Barulah nanti engkau akan percaya pada Cinta yang sebenar-benarnya hakiki.


Kekandaku yang amat aku kasihi,

Dalam dunia ini apa sahaja yang kita alami adalah cabaran dan laluan untuk menghabiskan sisa-sisa nyawa yang ada di dalam jiwa ini. Walau dalam soal apa sekalipun, semuanya adalah ujian dari Ilahi. jangan terlalu khayal dalam dunia yang tidak pasti kerana nanti akan membiarkan kamu dalam kancah yang akhirnya sangat menyedihkan hati sebagai seorang muslim.

jangan dicari cinta sebelum kamu mengahwini,
kerana haram buatmu untuk dinikmati...

Carilah cinta selepas kamu menikahi
kerana disitu terletak kesempurnaan iman di dalam hati...

Kadang-kala Allah pertemukan kita dengan seseorang. Tidak lama kemudian Dia pisahkan hubungan itu. Kenapa? kerana Allah nak kita fikirkan, apa yang harus kita usahakan untuk dapat kan apa yang kita inginkan. Ingat, dalam hidup ini bukan ada benda yang akan kita dapat dengan percuma. Semuanya memerlukan tindakkan dan rancangan. Jika rancangan kita dapat dilaksanakan dengan usaha yang berlipat kali ganda, akhirnya pasti akan kita peroleh apa yang telah dihajatkan.

Macam itu juga dengan perhubungan, Allah pisahkan kita dan dia mungkin kerana terlalu banyak pekara atau benda yang harus kita fikir dan laksanakan. Usahakanlah jadi yang terbaik sebelum mengharapkan seseorang yang terbaik hadir dalam jiwa dan hati kita. Jika selagi tiada usaha untuk mengubah diri kita, apa yang kita harapkan hanyalah mimpi dan angan-angan semata-mata...

Fikirkanlah...kerana kehidupan yang sementara ini sungguh bermakna jika dihayati dan ditempuhi dengan sebaik-baiknya.

Buat insan yang ku kasih selamanya sampai ke syurga... Kekanda dan waliku yang tercinta. :)

3 comments:

trialtodelete said...

i always pray that Allah will give me a wife that i will forever.. :)

trialtodelete said...

i always pray that Allah will give me a wife that i will forever.. :)

si_mone said...

InsyaAllah...

Allah tidak akan pernah menzalimi hamba-hambanya yang sentiasa meminta kepadaNya...

Awak akan dapat apa yang awak harapkan selama ini, insyaAllah :)

semoga sampai syurga !