بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
tetapi kami tetap dengan sifat kekufuran
Engkau berikan kami kenikmatan
tetapi kami sering lupa mensyukuri nikmat yang diberikan.
Ya Allah,
Sedarkanlah diriku, bahawa hidup ini adalah persinggahan,
sementara mencapai satu tahap yang digelar kematian.
Ya Allah,
Berilah aku kesedaran,
Agar aku menghargai setiap insan yang hadir sepanjang perjalanan.
Ya Allah,
Jangan biarkan aku alpa bila mana aku kecapi sedikit kesenangan,
agar aku tidak terjerumus dengan rasa bangga dan kejutan yang mampu memusnahkan harapan.
Ya Allah,
Jangan kau tarik nilai keimanan yang kau tiupkan buat hamba menjadi seorang insan,
Aku perlukan redho dan RahmatMu bagi menyempurnakan diri sebagai seorang manusia yang punya hati serta perasaan.
No comments:
Post a Comment