KeranaMu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah
esok adalah hari pertama ramadan buat hamba yang akan hamba raikan seorang diri
tanpa mereka yang benar-benar aku kasihi
bersama keluarga yang teramat aku rindui dan aku kasihi

Aku ditempatkan di sini adalah takdir
aku tahu Engkau sebenarnya lebih mengetahui apa yang terbaik buat ku
jika ini yang harus aku lalui
kuatkanlah hatiku
permudahkanlah semuanya untuk aku lalui sehingga ke akhirnya.

Ya Allah,
sabarkanlah aku
tenangkanlah aku,
permudahkanlah segala-galanya untuk aku
moga segalanya terbaik untuk aku dan mereka.


Aku hadapi segalanya kerana Engkau Ya Allah... Hanya Engkau yang tahu apa yang sebenarnya di benapku. Peliharalah diri dan jiwa serta keimananku Ya Allah. Permudahkanlah dan lancarkanlah segalanya untuk aku, agar segalanya selesai seperti mana yang telah Engkau tetapkan...


No comments: