Akhirku ke Jannah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Hati insan dijadikan Tuhan penuh dengan nilai yang tiada tandingan
cuma kita yang mencorak hati dan perasaan sendiri agar menjadi tauladan atau perasingan....

Terang cahaya bulan menghiasi segenap pelusuk permukaan ciptaan Tuhan,
Indahnya tiada tandingan yang mampu memukau sesiapa sahaja yang memandang dek kerna cahayanya yang terang benderang tiada penghalang.
Aku melihat dengan penuh keterujaan,
kerana cantik itu disukai sesiapa sahaja yang punyap nyawa serta perasaan.

Engkau hadirkan pada insan pembayang dan kenyataan
namun mereka terus mencari apa yang harus dilakukan
Tunjukkanlah pada mereka jalan dan terusan
agar mudah mereka teruskan langkah dan perjalanan yang akan mengubah segala macam yang ada dalam kehidupan...

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang...
Jangan Kau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan kami jalan ketenangan,
Pandulah kami agar kami terus menerus lihat akan jalan kebahagiaan
yang lebih hakiki dari di sini yang penuh kesakitan...

Semakin hari aku merasakan ia semakin kuat,
apakah benar atau hanya mainan perasaan...
Bantulah aku untuk mengesan,
agar mampu aku percepatkan hasrat yang menjadi mainan perasaan....

semalam Engkau perlihatkan kepada aku kecantikan
yang aku tidak punya selama aku hidup di bumi Mu Tuhan...
hanya linangan air mata yang mampu aku lahirkan
kerana ciptaanMu sememangnya tiada tandingan...

ya Allah,
hasratku hanya satu untuk kali ini,
kuatkanlah aku, selesakanlah aku
untuk satu perubahan yang akan mengubah perjalanan dan cara kehidupanku.

RencanaMu sempurna Ya Allah...
Moga hati dan diri ini ikhlas dalam melaksanakan segala apa yang terbaik untuk agama,keluarga dan diriku....


No comments: