Diri Yang Sentiasa Meminta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Diri mahu rentasi pemikiran akal
jangkauannya jauh untuk dicengkam
namun diri mencuba dan terus mencuba
akhirnya dikurniakan cahaya mimpi takrifan kenyataan.

Semua terjadi membuatkan diri dalam pembahagian
antara rasa suka, rela atau paksaan
menjadikan pemikiran terus dalam pembahagiaan
hingga akhirnya diri menjadi diam dalam putaran akal.

Setiap yang terjadi adalah ketentuan
namun dirilah penentu hala tujuan
memilih yang pasti dan kebenaran
bagi menjadikan diri khalifah yang bertauladan.


~ Kehidupan sentiasa memberi diri pengajaran, memperlihatkan pada diri akan kebenaran serta kebaikan. semuanya itu yang mampu dijadikan tauladan bagi diri untuk semua insan. Jadi, Cuma kebijaksanaan diri dalam memilih dan menentukan yang harus dititik beratkan , agar diri tidak salah dalam membentuk hati, diri serta insan dan melaksanakan segala nikmat yang diberikan Tuhan...



No comments: