Ketentuan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kita hanya mampu merancang, Namun Allah s.w.t. yang menentukan.

Kehidupan ini adalah putaran, walau dimana sahaja kita berada akan kita rasai sakit dan perik yang kadang-kala membuatkan kita terasa lelah untuk melangkah bagi segera sampai ke garisan penamat ketentuan. Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah.

Untuk meneruskan kehidupan yang entah apa halangannya di masa hadapan, kuatkanlah iman, kuatkanlah amal untuk menjadi bekalan sebagai peti kesabaran yang akan digunakan bila tiba saat diuji oleh Pencipta yang Maha Kuasa. Siapkanlah segala persiapan agar nanti diri dan jiwa tidak menyimpang dari rasa tawaduq kepada Tuhan.

Teruskanlah berjalan, melangkahlah dengan sopan seperti mana yang diri mahukan selagi ia tidak menyalah dan menyimpang dari sisi agama islam anutan semua mahkluk ciptaan. Tadahkan tangan mohon keberkatan, agar diri selamat di dunia mahupun di akhirat tempat penentuan bagi setiap perlakuan.

~ Hidup ini adalah ujian keimanan. Jika kita lalai, maka rugilah kita kerna lepaskan peluang keemasan yang masih diberikan Tuhan. Setiap hari yang bersisa ayuhla digunakan untuk sebaik-baik tindakan dan kelakuan, agar nanti tiada istilah penyesalan dalam kamus kehidupan.

No comments: