Ikhlaskan Diri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dalam diam diri memberi tanpa disedari insan sekeliling.
Ikhlaskah diri apabila memberi,
walau hanya sekelumit budi yang mungkin tidak pernah disedari...

Diri mampu bertanya pada hati
apakah semua itu tersimpan dalam akal mata hati
atau terus hilang bersama angin kenangan
yang mungkin terus menghilang hingga tiada terlintas rasanya lagi...

Moga apa sahaja yang diberi 
tidak menjadi bualan buat hati
agar menjadi ikhlas dari hati
buat semua yang disayangi.......


No comments: