بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Dalam hirup pikul manusia
aku pernah terasa sepi
tiada yang hadir
tiada yang menghiraukan diri
sampaikan satu masa
hati terasa sakit
terasa sunyi
menangis sendiri tanpa tiada siapa yang mengetahui.
perjalanan hidup ini aku rentasi
berbekalkan bayangan, semangat
serta kekuatan ayah bonda
yang setia tersemat di hati.
rasa sakit
aku simpan sendiri
rasa sedih
aku luahkan melalui tangisan dalam mimpi
sehingga satu saat
Allah hadirkan mereka
insan sederhana duniawi
namun sangat memberi kesan di hati.
Terima Kasih Ya Rabbi
Engkau berikan aku peluang untuk menikmati
satu perasaan yang sememangnya aku ingini
untuk aku ceritakan buat muda mudi di suatu hari nanti.
Teman sejati ungkapan mudah dihati
namun terlalu susah untuk dipertuturkan diri
kerana keikhlasan hati tiada mampu diperlihatkan
melainkan jeritan dan mengiyakan sahaja ia di dalam hati.
15-09-2012Ulang tahun kelahiran diri yang ke dua puluh satu. Semoga Allah memberkati hati dan diri ini sampai akhir hayat nanti , Aamiin....InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment