Doakan Saudara Kita


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Gelap  hari pertama di tahun baru islam 1434 hijrah.
Terima Kasih Ya Allah, 
Terima Kasih,
kerana Engkau masih memberi kami peluang, 
untuk merasai nikmat kehidupan yang tidak mampu dirasai saudara islamku di Palestine dan Syria sana. 

Ya Allah,
segala kenikmatan yang Kau berikan tidak pernah ada kurangnya
tidak pernah ada hilafnya
hanya diri kami sendiri yang bertindak bagaikan lupa daratan.

Ciptaan dan pemberianMu adalah harapan,
bagi setiap manusia yang bergelar insan.
Tiada kegelapan yang engkau berikan melainkan kami sendiri yang mengukir rekahan keperitan.

Engkau memberi kami kemudahan dan arah perjalanan,
bagi setiap dari kami mudah melalui semua halangan
namun kami selalu lalai dan alpa dalam kenikmatan yang diberikan
sehinggakan ada diantara kami yang lemas dalam kenikmatan yang diberikan.

Ya Allah, 
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
ampunilah segala dosa-dosa kami
Kuatkanlah hati dan jiwa kami
dalam menempuh setiap dugaan, cabaran serta hari yang mendatang.

Lindungilah saudara-saudara  kami di bumi Palestine dan Syria sana
sesungguhnya tiada yang mustahil dengan kehendak dan ketentuan daripada-Mu Ya Rabbi...


Dari sehari ke sahari, saudara kita gugur di sana dan pergi dalam keadaan suci tanpa dosa dan noda yang membaluti diri. Apakah kita di sini hanya mampu berpeluk tubuh dan melihat, tanpa melakukan sesuatu dari  melihat insan yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan kekejaman manusia yang tiada hati dan perasaan... ?

2 comments:

MéuzAngelo™ XXIII said...

sama-sama kita doakan kesejahteraan dan kemenangan untuk mereka :)
[link blog saya kat sini]

si_mone said...

Aamiin... semoga kekuatan sentiasa bersama mereka :')