Terima kasih !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



perjalanan hidup dia bukan hanya membuat madah
bukan hanya bermain dengan kata-kata.
kau tahu bila dia bersedih?
kau tahu bila dia menangis?
kau tahu bila dia terasa hati dengan lakumu...

Pernah kau bertanya pada dirinya,..
Baikkah dia ?
Bolehkah dia ?
mampukah dia ?
Tidak.. kamu tidak pernah bertanya
sebaliknya bicara busuk di belakang dirinya.

kamu tahukah bagaimana perasaannya dengan sikap kamu?
Dia sering menangis bisu
Meraung sepi
meluahkan pada hanya insan permata
yang kemudiannya sepi memakan diri sendiri.

Sangat sakit teman,
sangat sakit.
Pernah kamu ketahui akan semua ini?
kamu hanya tahu berbicara dengan angkuh dan keji tentang dirinya yang luar bagai badut permainan buat semua.

Sangat sakit !!
Terlalu sakit !!

Dia mendengar dari satu ke satu bicara basi
namun apa yang dia mampu ?
terima dan lawan dengan kata sendiri untuk menyejukkan hati.
pernah kamu fikir akan apa yang dia rasai
bila semua berbicara ikut sedap hati tanpa mengkaji dan ekori setiap langkah yang dikatakan palsu tanpa erti.


Terima kasih kerana kamu memberinya kekuatan yang sebenarnya kamu tidak pernah sedari ,...




No comments: