Lakukanlah Pengorbanan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Bila berbicara tentang pengorbanan
banyak yang mungkin telah kita laksanakan
bukan untuk kepentingan sendiri
namun untuk mereka-mereka yang sangat kita hargai

Bukan mudah mahu menjadi ikhlas mulanya dalam semua tindakan
namun hati akan beransur-ansur  terima hakikat
lalu terasa diri berdosa kerna niat pertama yang sangat mengecewakan

Namun sedarlah hati, sedarlah teman...

pengorbanan yang kamu lakukan mungkin tidak dilihat oleh mata-mata manusia. sebaliknya dilihat oleh mata-mata di langit sana. Berkorbanlah demi mereka yang ada disekeliling kamu, berkorbanlah teman. Kamu lakukan semuanya bukan kerana kelebihan atau ganjaran,percayalah nanti dirimu sendiri akan diberikan kelebihan yang tiada siapa mampu menilainya.

Hidup ini percubaan buat kehidupan seterusnya yang lebih mencabar berdasarkan amal kehidupan yang kita peroleh atau laksanakan sekarang. Bertahanlah andai hatimu sudah terluka pedih kerna pengorbanan yang mungkin memakan dirimu sendiri. Bertahanlah.

Kesakitan sekarang adalah kemanisan yang akan datang.
Bukan mudah untuk menempah kebahagiaan yang akan datang kerna kebanyakkan manusia mencari-ceri nikmat itu sekarang. Jadilah seperti sahabat-sahabat terdahulu, berkorban walaupun dirinya sangat memerlukan akan apa yang telah mereka berikan pada yang lain.

Buat teman-teman seperjuangan...Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.





4 comments:

sohibul mikrat said...

Wah,, BgS gan ArtikeL nya....

Http://ripcurl-crom.blogspot.com

ENCIK MUSAB said...

nice

Follow my blog :)

si_mone said...

sohibul mikrat : terima kasih..semoga dapat beri kebaikan pada kita semua :)

si_mone said...

Encik musab..

thanks :)
oke..