Pendirian Kita


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Sedar tidak sedar 2012 sudah hampir  sampai ke penghujungnya. Tertanya tidak pada diri, apakah kita sudah melaksanakan atau miliki segala apa yang dihajati di awal kemunculannya dulu? berjaya kita berubah dari sesuatu ke arah sesuatu yang lebih baik? berjaya kita memperoleh apa yang kita inginkan selama ini yang dari dulu menjadi harapan kita untuk memiliki? berjaya membawa ibu bapa kita ke tanah suci? berjaya kita mencipta sesuatu yang jauh lebih baik dari sebelumnya untuk diri kita sendiri? berjaya kita laksanakan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya seperti apa yang kita hajatkan di awal masanya dulu?

Tepuk dada, tanya hati apakah ada perubahan yang kita lakukan untuk diri keluarga serta masyarakat. Adakah??

Adakah?!!

Sepanjang hari-hari yang sudah kita lewati, pastinya ada diantaranya yang menjadi kenangan yang manis atau sebaliknya bukan. Tanya pada diri, semua yang telah tercipta itu pastinya kerana takdir, namun cara atau usaha kita yang selebihnya menentukan apa hasilnya dari apa yang telah kita kerjakan. Adil bukan? usaha lebih, hasilnya lebih untuk kita. Jika kurang, setimpal bukan dengan usaha kita juga namun berbeza jika sudah berusaha namun tidak mendapat hasil seperti mana yang kita inginkan.


Berfikirlah hanya satu, Allah s.w.t. menjadikan setiap kejadian buat hamba-hambaNya dengan besertakan iktibar buat kita renungi serta kita kilitkan semuanya buat pedoman diri bagi lalui hari-hari yang sedang menanti bagi kita jalani nanti. Hikmah yang ada tersedia buat kita sebenarnya sangatlah bermakna jika kita benar-benar fahami nilai kehidupan ini.


Kebahagiaan atau keperitan sebenarnya ujian. Ujian buat diri sama ada kita mampu lalui ia buat pengajaran atau  kita menjadikan ia racun yang menghancurkan diri sendiri dalam sedar atau tidak. Setiap yang dijadikan sebenarnya, ada hikmahnya yang tersembunyi. Cuma seringkali kita yang menyalahkan takdir bilamana kita dihadapkan dengan sedikit ujian serta kesulitan, kita cepat melatah dan mudah menangisi setiap kejadian yang berlaku. Menghanyutkan diri dengan pelbagai pekara yang sepatutnya tidak kita lakukan sebagai seorang insan.


Hidup ini hanya sekali.

Kita diciptakan bagi mengsyukuri nikmat yang diberikan, bukan menjadikan ia semata-mata keseronokkan yang mampu menghilangkan segala nilai kemanusiaan. Bertepuk tampar sendiri, sedarkan diri ! apa sebenarnya yang sedang berlaku kini. Bangkitlah kaum muslimin dan muslimat ! sedarlah bukan madah cinta agama yang kita perlukan, bukan kata-kata agama semata-mata untuk menunjukkan kealiman serta kefasihan kita dalam beragama. Bukan dan bukan hanya kata-kata yang tinggal kata-kata. Kita perlukan perjuang yang bangkit membela agama, kita perlukan permuda permudi yang tahu menjaga maruah negara serta maruah bangsa. Kita perlukan masyarakat yang tahu menilai baik buruk sesuatu pekara. Bukannya masyarakat yang hanya bersemangatkan perkauman yang mementingkan kepentingan bagi diri sendiri.

Sedarlah wahai sahabat wahai teman...

Mahukah kita melihat anak mudi kita kemudian hari hilang kewarasan pemikiran,
hilang tanggujawab serta pendirian,
hilang nilai kemanusiaan dan agama yang dulunya sangat dititik beratkan.

Berfikirlah dengan kawarasan, berjuanglah dengan penuh kesungguhan semoga kehadapan kita tidak kehilangan perjuang yang sebenar-benarnya berjuang untuk kepentingan agama, keluarga, masyarakat dan juga negara.


Islam itu agama yang indah,

tidak gemarkan pada pepecahan,
tidak mahukan kepada penindasan,
tidak inginkan kepada kehancuran...

Semoga tahun baru yang bakal datang ini, kita lebih bijak bagi memanafaatkan segala ilmu, kelebihan dan segala kenikmatan yang diberikan Allah s.w.t kepada kita.


" Berbahagialah orang yang menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya..."~ Saidi Ali. 


2 comments:

trialtodelete said...

beautiful writing!

si_mone said...

Alhamdulillah...
terima kasih Rizal :)