Kesabaran Dalam Setiap Kejadian


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



Pernah terlintas untuk mengikut kata hati sendiri saja. Buat apa mahu ikut kata mereka, aku punya suka mahu lakukan apa pun kerna ini hidup aku. Bukan bila aku susah kau akan bantu! Lantak lah aku mahu lakukan apa pun, kau jangan bising-bising kat aku bengkak telingan aku dengar lah...

Sedihnya bila dikatakan sebegini bukan.
Hidup kau adalah sebahagian hidup aku juga.
Kekecewaan engkau adalah kesedihan buat aku juga.

Dalam kehidupan untuk memperoleh kemanisan bukan mudah, satu masa kita terpaksa berhempas pulas melawan segala dugaan yang diberikan pada kita. 
Kita mengeluh, kenapa diberikan ujian sebegini...
Aku lemah dan tak mampu pikul semua dugaan ini...

Kita silap dan lupa, Allah s.w.t. tidak akan menguji sesuatu pada seseorang hambanya diluar batasan kemampuan hambanya itu. Tapi kita lupa dan abaikan terus apa yang telah diperkatakan dalam ayat-ayatNya.

MasyaAllah...
Besar dan hebatnya kurniaan Dia pada hamba-hambaNya.
Dimana saat Dia berikan ujian untuk uji kemampuan dan kesabaran kita,
Dia berikan kita pengajaran dan hikmah disebalik semua kejadian itu.
Semuanya bukan untuk saja-saja, tetapi untuk kekuatan kita bagi melalui masa hadapan yang lebih mencabar.

Subhanallah...Maha Suci Allah...
Semoga hati kita lebih kuat dan akal kita lebih matang untuk jalani kehidupan buat masa-masa mendatang.
Semoga kesabaran diri dan hati kita kuat untuk melawan segala anasir titik hati hitam yang akan sedikit demi sedikit merosakkan kemanusiaan hati kita.


3 comments:

si_mone said...

ya..benar, kehidupan. ada manis pahitnya :)

Unknown said...

Setiap org menghadapi ujian yg berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya..." la yukallifullahu nafsan illa wus'aha". itulah ayat yg dirakamkan Allah di dalam Al-Quran. Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji..Oleh itu, sbagai hamba Allah yg beriman mmg akan selalu diuji..Ujian yg Allah turunkan kepada kita semua adalah satu peringatan kpd kita supaya kembali semula mengingati Allah yang maha agong...

si_mone said...

benar..
melalui ujian itu Dia memperingatkan kita :)