Terima Kasih Ita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Bicara tentang politik rasanya sudah selesai. semalam adalah pengakhiran bagi segala teka teki selama ini. tahniah pada yang berjaya, dan pada yang kurang yang berjaya, jangan mengalah untuk terus berjuang membela rakyat. ingat bukan bila kita di atas saja kita akan membela sebaliknya bila sama tinggi dengan rakyat saat itulah lebih bermakna untuk membantu dan berjuang bersama.

ok, sudah-sudah tak mahu lagi bicara bab politik ini sebab tahu akan menyakitkan banyak hati. Disebabkan saya masih belum layak megundi. so,masa dihabiskan di kolej saja tanpa sibuk-sibuk pulang ke kampung seperti orang lain. Hee.. with Norazrita Mohaidin membuatkan aku semakin hari semakin gempal di hadapan cermin maya, OMG... so sweet sebab membayangkan bila si dia berumah tangga nanti. Mesti demok-demok anak-anak dan cik abangnya.

Makan... makan... makan... hahaa.. sampaikan bila baring rasa perut nie sengkak sangat. Tengok benda di masak macam tak cukup sikit saja pun, tapi bila dah lepas makan, tak habis pun.
Tu orang kata nafsu? nafsu yaa.. sebab tak habis amalan syaitan, so saya yang jenis sayang makanan nie la yang akan habiskan. Errr... makan... makan... habiskan semua sebab taknak membazir orang kata.

Bila malam, ini kerja kami sambil layan movie. sebenarnya ada kentang goreng bersama..hehee

nie kek lapis yang cik ita buat.. masih ada separuh..huhuu

petangnya kami ke kolam 1 UPM.. hayati pandangan alam sambil m'jamah makanan yang dibawa..

makanan tengah hari pada hari kedua, Ahad.. 

nie makanan di tengah hari pertama kami..

Ini semua antara rezeki-rezeki kami selama di sini kesunyian tanpa teman-teman lain. Thanks ita sebab jaga mone dengan baik bersama makanan yang sedap-sedap nie. 

So, ini malam terdengar jeritan si ita. Agak mengejutkan.. ita lupa dua reportlab..hahaa.. esok kelas... dan si mone? rabu test ! semak buku.. semak ! 

Hmm.. ok :) sampai sini dulu la cerita si mone. Saja menaip, sebab lama tak story-story suka sendiri. Buat adik tersayang meera di johor, si mone harapkan mak cepat-cepat sembuh dan keluar hospital ya.. Buat kekanda hawa ku sayang, berhati-hati dalam perjalanan pulang esok. Love you all so much.. :)

Teman akan memberi mu senyuman
Tapi sahabat memberi mu kebahagiaan
Teman akan memberi mu setangkai mawar
Tapi sahabat memberi mu setangkai melati.


2 comments:

icHIhaRA-iTa said...

OMG...... hahahahah AKu kah orngnya ahakzzzz

si_mone said...

ya..mesti la..! sayang ita.. :')