Soal Hati


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Ya Allah 
jika hati kami terusik akan rindu pada manusia
Biarlah ia tidak sehebat rindu kami padaMu

Ya Allah 
Jika hati kami terpaut pada seseorang insan
yang juga mahluk ciptaanMu
Biarlah ia terus terhapus
kerana itu hanya perasaan yang tidak sahih
yang mampu menambah titik hitam dosa 
buat kami menjadi tidak tentu

Ya Allah
satukanlah hati kami dengan Mu terlebih dahulu
kerana kami sangat yakin akan kasih sayangMu
Engkau tidak akan pernah meninggalkan kami
walau apa pun yang berlaku

Tetapi mereka yang mungkin kami sayang dan rindu
pasti akan meninggalkan kami
yang kadang-kala tanpa jawapan dan dalam buntu.

Ya Allah
kuatkan hati dan jiwa kami
agar terus bersabar dalam menjalani perjalanan yang singkat ini
agar mampu bertahan jika diuji dengan soal hati dan perasaan yang terlalu kecil ini
agar terus beristiqomah dalam laluan ibadah dan jalan agamaMu yang suci ini.

No comments: