Bila Bicara Tentang Jodoh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

tup... tup... tup... setiap pagi akan ada mesej yang di hantar seseorang, setiap hari, setiap minggu selama satu bulan itu sibuknya bukan kepalang. Bila dibaca saja, pasti tersenyum sendiri, bagai orang dilamun cinta. yah, itu namanya orang mabuk cinta. bestkan bukan? bila setiap hari rasa dihargai, disayangi, dicintai.. wahh, kalah orang yang dah berkahwin..! 

semua pasti pernah merasai saat itu bukan? ya.. saya jugalah.. :)

nikmat itu mampu memberi kita rasa lapang dada, bahagia, dan tersenyum sentiasa. Penangan orang tersayang hebat bukan?..

Bila sebut tentang nikah / pernikahan, semua perempuan terutamanya akan jadi lain macam, lain macam? lain macam mana tuuu?? lain macam seperti tak sabar-sabar, tak keruan pun ada bila sembang bab pernikahan. Tapi apakan daya, katanya belum ada calon. Hmmm.. belum ada itu yang susah sikit tu. Antara keluhan yang akan pasti terkeluar dari mulut masing-masing.

Orang yang sudah bertunang pula, makin berseri-serilah bila berbincang bab ini kerna masanya sudah tidak saja lama lagi.. huhuu.. ada seorang teman ku hawa, moga dipermudahkan semuanya ya. Bahagia bila melihat teman-teman mendapat jodoh yang baik dan tersenyum sentiasa. Moga apa yang akan dibina kekal sehingga syurga.

Pada yang sudah bernikah pula... wahhh.. tak dapat nak digambarkan bertapa bahagia dan tenangnya mereka. Bagi yang study, keputusannya akan meningkat dan terus meningkat, pada yang bekerja pula, makin berseri-seri dan semangat setiap pekaranya. Hidup dah berteman, apa lagi yang nak dirisaukan seperti zaman bujang dan solo dulu.

Pernah ada yang berpesan pada kami, apabila kamu menyukai seseorang. Saat berdoa, sebutkanlah namanya, sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Memberi..

ini di antara yang boleh diamalkan.. Semoga bermanfaat :)
YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Amalkan sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. Baca berulang-ulang kali sepanjang anda duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah “Allahuakhbar”, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
(Untuk mempercepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya)

No comments: