بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Dalam hati masih beku walau luarnya Nampak sempurna dan indah.
Memang aku lupa dan aku alpa.
Luarku bagai indah tiada cela
Tapi hatiku kenapa masih menyimpan dendam?
Dendam yang aku kata sampai mati tiadak aku lupa.
Hatiku masih hitam
Hati aku masih susahkah untuk memadam dendam?

Ibu sentiasa beringat
Jangan setengah jalan niatmu meliar
Jangan nanti mulut-mulut mereka mula mengata yang
Bukan-bukan tentang anak dara yang ditatang indah.

Bila masa Tuhan mahu hatiku indah
Dia berikan aku sepintas ayat yang mampu
Membuka akal dan mata hati.

Kini  aku berjanji untuk menjernihkan kembali
Akan hati yang dulu pernah aku ciptakan sendiri
Pagar berduri agar hati ini sentiasa mengingati
Sakit yang pernah diberikan dalam aku sedar atau dalam mimpi.

Ya Allah, peliharalah aku
Hati dan jiwaku
Dari aku terus mengingati dendam

Yang mungkin aku sendiri ciptakan...

Janganlah hanya kerana penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal dari membuat penilaian yang matang dan seimbang. Jangan pula kerana sentimen begitu mudah kita menabur fitnah.
Kehidupan yang dibina atas kebencian hanya akan merosakkan fitrah yang Allah ciptakan. Kembali kepada syiar Nabi s.a.w: “Sesungguhnya sesiapa yang tidak kasih, dia pula tidak akan dikasihi” ~ AA

No comments: