Perubahan mengajar kita agar menjadi yang lebih baik dari sebelumnya

Setiap insan akan punya keinginan hati untuk ke suatu tahap yang lebih baik. Ini bermaksud ingin mengubah dirinya agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kita selalu tertanya-tanya, dimana terletaknya keunggulan kita untuk menjadi lebih baik. Adakah kita sudah istiqamah ke jalan kebaikan ? dan baik itu bagaimana sebenarnya...
Baik itu apabila kita berubah dari tidak bertudung kepada bertudung, daripada kita tidak pernah menunaikan solat fardhu, kita berlajar bagaimana menunaikan solat & laksanakan tanpa meninggalkan walau satu pun tanpa keuzuran.
Untuk melaksanakan sesuatu perubahan, kita perlulah menyiapkan diri terlebih dahulu dengan segala persediaan yang lengkap. Perubahan itu hendaklah ke arah kebaikan jika tidak ia bukanlah dianggap sebagai sesuatu perubahan...
Zaman globalisasi kini, menuntuk untuk kita untuk kembali kepada tapak asal kita. Jika dilihat, kini bagai hilang cara & adab asal kita yang sememangnya merupakan masyarakat yang permalu, bersopan santun, menjaga adab & budi bicaranya dengan insan sekeliling. Namun, adakah kita sedar & kita menkaji akan semua itu kini ? Aku melihat dan aku cuba mengkaji sendiri, dan ternyata jawapannya aku melihat sudah terhakis segala adab luhur budi itu dari diri kita tanpa kita sedar atau tidak.  
Kita kadang-kala perlu duduk dan bermuhasabahkan diri buat seketika waktu, dan cuba berfikir kembali, apakah harus kita melakukan berubahan? perubahan yang akan membawa perubahan yang sangat besar dalam diri kita. Aku bukanlah orang yang kuat dalam agama, aku juga bukan ilmuwan yang tersohor di serata dunia, namun aku cuma seorang hamba Allah yang mahukan perubahan kearah kebaikan yang akan mampu membawa ketenangan dalam diri setiap insan.

Namun, adakah kamu percaya, apabila kamu dekatkan diri dengan Pencipta yang maha kuasa, aku akan merasai kelainan yang akan mampu mendorong kamu untuk berubah. Dalam kehidupan manusia, Hidayah itu sentiasa di dambakan oleh golongan islam. Hidayah itu tidak mampu dibeli atau dicari, kerana Hidayah itu adalah anugerah Allah s.w.t yang akan diperolehi oleh orang-orang yang dikehendaki oleh Nya sahaja. Sejahat atau sekejam mana manusia itu, apabila dia dipilih untuk menerima hidayah, sekelip mata sahaja dia akan berubah & mampu menjadi yang lebih baik daripada kita yang menganggap diri kita sudah cukup dengan ilmu agama, & ilmu dunia akhirat.
Namun, kita mampu berubah dengan hati yang ikhlas agar hidup kita mampu ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Berdoalah moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa dilindungi & diberkati oleh Allah s.w.t di dunia akhirat, Amin InsyaAllah.

Doa mendapat hidayah daripada Allah s.w.t :
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang jelek."
~ Doa ini sebaiknya dibaca selepas solat sunat fajar untuk mendapat kesejahteraan hidup~ **riwayat dari hadis imam thabrani dari ibnu abbas**

1 comment:

Alya Sumayyah said...

Moga Kamu tergolong dalam insan2 yg mendapat hidayah adikku :)