Aku membawa fikiranku kerana kamu

  
pasrah
satu perkataan yang mudah disebut
namun sukar diredhokan oleh hati
bukan mudah, namun aku harus...
harus belajar menerimanya kerana keadaan sekeliling
yang memujuk aku untuk melakukannya demi hati dan perasaan sendiri.

Aku sedang mencuba
menerima keadaan dan takdir ini
hilang insan-insan yang ku kasih bagai diri sendiri

sekali ku kenal hati budi
akan ku anggap mereka kepentingan seperti ahli keluarga sendiri
teman yang setia di sisi
merasai sakit dan duka bersama dalam menempuh perjalanan hidup ini

Namun rupanya aku tersilap
dalam menabur rasa kasih sebagai teman atau keluarga
bangsa atau kaum ku sendiri...
aku silap, dalam mentafsir hati budi mereka yang ku kasih kerana MU yaAllah.

mereka menyakitiku tanpa mereka sedar
aku cuba sembunyikan segala rasa perik ini,
namun entah sampai bila mampu ku tangis
dalam sepi malam dalam hati tanpa diketahui
tidak aku ketahui sampai bilakah semuanya akan seperti ini

Teman
aku mengasihimu lebih dari aku kasih akan diriku
aku tidak minta balasan
namun cukuplah kesetiaan antara perhubungan takdir Allah ini
kita saling ada bila masa saling memerlukan antara satu dan yang lain,
mungkin diriku dikatakan lemah,
namun itulah aku...
itulah diri aku...
sekali ku kenal, mereka adalah kewajipan buatku untuk melalui hidup ini
kerana setiap apa yang berlaku adalah takdir yang telah ditetapkan
aku hargai kamu,
tatang kamu
jaga setiap hati dan perasaanmu
cuba sedaya upaya ada disaat engkau memerlukan kekuatan demi menongkat diri
aku cuba ada...
kerana aku sayangkan kamu.

4 comments:

khir said...

sayang itu berpohonkan ikhlas
seperti kita percaya Allah itu ada
tanpa kita melihatnya
akhirnya tiada penyesalan berbunga dibajai Najwa.

si_mone said...

kadang-kala bagai susah utk mentafsir akan sesuatu nilai...

khir said...

Kalau kaum pilih untuk lihat langit yang biru itu seperti bunga yang layu
Kalau kamu dengar desir angin lalu katakan badai menghentam
Kalau kamu pilih untuk katakan rembang pelangi itu akhirnya hari bahagia

Kalau kamu pilih untuk lihat langit yang gelap itu seperti rindu yang mengembang...
Kalau kamu dengar raungan angin itu
seperti bayu yang membelai

Semuanya aku pulangkan kepada kamu

si_mone said...

kadang kala untuk menentukan sesuatu itu, kita perlu menerima kesalahan dalam menentukan sesuatu dahulu agar kita mampu belajar dari situ...

memberi memang mudah, untuk menerima kadang-kala ia mampu merubah akan sesuatu yang belum tentu ada pentafsirannya...